Thursday, March 10, 2011

:: Potensi besar francais di Malaysia ::



PROGRAM Pembangunan Francais yang dijalankan antara tahun 2006 dan 2008 dianggap berjaya apabila menghasilkan pendapatan lumayan berikutan mencatat nilai jualan berjumlah RM10.2 bilion.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, nilai jualan itu diperoleh hasil kajian kementerian pada separuh penggal Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9), sekali gus membuktikan perniagaan secara francais mula mendapat tempat di kalangan usahawan sebagai salah satu cabang keusahawanan yang berdaya maju.

Beliau berkata, sehingga 22 Februari lalu, seramai 499 francaisor berdaftar dengan Pendaftar Francais membabitkan seramai 6,323 francaisi.


“Ini menunjukkan industri francais mempunyai potensi cerah untuk terus mencatat kejayaan. Malah dalam tempoh sama, seramai 270 usahawan berjaya menjadi francaisi melalui skim pembiayaan yang ditawarkan oleh PNS (Perbadanan Nasional Berhad),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena pelancaran Program Francais Usahawan Muda 1Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.


Pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.




Seramai 55 pempamer francaisor dan francaisi mengambil bahagian sempena majlis pelancaran itu, sekali gus memberi ruang dan peluang kepada orang ramai menyertai bidang berkenaan.

Ismail Sabri berkata, KPDNKK yakin inisiatif yang dilakukan oleh PNS itu dapat membantu memperluaskan bidang francais dan golongan belia dilihat dapat meneruskan perniagaan francais untuk berkembang maju.



“Justeru, kementerian sentiasa mengalu-alukan golongan belia dan graduan baru untuk menjadikan perniagaan francais ini sebagai karier pilihan selepas mereka menamatkan pelajaran.

“Ia juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk mentransfromasikan negara ke arah negara berpendapatan tinggi seterusnya mencapai taraf negara membangun,” katanya.


Ismail Sabri berkata, kementerian juga akan giat memperkasakan strategi pelaksanaan melalui Program Pembangunan Francais itu untuk menjadikan industri itu sebagai pilihan utama usahawan yang berhasrat menceburi bidang perniagaan.


“PNS akan memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan usahawan francais seiring dengan perkembangannya yang semakin meningkat,” katanya.





p/s: semalam aku join ok majlis pelancaran tu..tak caya tgk nnti aku upload gambar ye.






sumber : metro 10/3/2011

0 kesan tapak kaki:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat