Monday, February 28, 2011

~ Kajian Tindakan ~


Kajian Tindakan
owh! aku dapat lagi keje baru..asigment baru.

kajian tindakan ni ala-ala proposal jugak!
OK kena carik masalah dalam bilik darjah kat sekolah
lepastu carik jalan penyelesaian untuknya~

Saturday, February 26, 2011

Mode Menyiapkan Asigment


mode: sangat sibuk!
sibuk siapkan asigment!~
next week nak hantar
[1] penulisan akademik. 15 page.aku baru 8 page nih! tolong..tolong.
[2] projek akhir @ tesis~ kena submit proposal dan bentangkan proposal. on progress! baru masuk bab 2.
[3] Management Information System~ on progress.
[4] report seminar~ belum buat langsung! Dasyat kau jiha!~

SUDAH!
pergi siapkan asigment ko!

p/s: aku banyak kerja tapi esok aku nak balik s.alam jugak.Tak Kira!!!

Friday, February 25, 2011

~ Semalam KL Banjir Kilat ~


KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di ibu negara dilanda banjir kilat menyebabkan kesesakan teruk petang semalam. Laluan terlibat ialah Jalan Tun Razak bermula di hadapan Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) menghala ke Cheras, Jalan Ampang dan Jalan Semarak.
Banjir kilat akibat hujan lebat itu turut menyebabkan 12 buah rumah di Taman Sri Rampai dan sebuah lagi di Taman P. Ramlee, Setapak dinaiki air.
Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, banjir kilat itu menyebabkan ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
"Hujan lebat pada petang ini (semalam) menyebabkan air di Sungai Gombak dan Sungai Bonus melimpah.
"Akibatnya berlaku banjir kilat sedalam kira-kira 0.7 meter sekali gus menyebabkan banyak kenderaan ringan terperangkap di beberapa jalan-jalan utama di ibu negara," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

sumber: Kosmo

:: Malaysian love social networking site ::


teringat kata-kata Mr Edwan Aidid semalam masa seminar "Online Identity"

" Malaysian love social networking site"~ 
9 hour a day open Facebook!
setuju dengan kata-kata beliau itu.Orang malaysia suka social network site.
 Sebab aku setiap hari pun bukak blog,bukak facebook~
tengok aje sekarang budak-budak yang berumur 5 tahun pun dah ade Facebook kan. kalu dulu jangan katekan 5 tahun. umur 15 tahun pun belum tentu pandai guna komputer.
itu lah bezanya dulu dan sekarang. Teknologi semakin canggih.

korang semua perasan tak. Bila bukak Facebook korang buat ape, Twitter buat apa.
Perasaan tak.

Facebook~ ask me what i'm thinking.
 Bila bukak fb, pada status itu kita akan tulis apa yang difikirkan.

Twitter ~ ask me what i'm doing
update apa sahaja korang buat. even pergi mandi pun nak cakap! tak perlu kot tu.

4Square~ ask me where i am.
korang akan update lokasi kat mane korang ade.
kan bahaya kalau ade hutang dengan ALONG.senang nak detect.

CONCLUSION.. Internet my gf or bf!..








~ Contest Mata Bulat ~


Contest mata bulat! Jom Join~
tuan punya contest adalah Deeba Nur
sila pergi blog beliau untuk maklumat lanjut ok!


syarat syarat dia! Senang aje~

1. buat simple ENTRY pasal contest ini. (ikut suke le nak tulis ape pun)

2. LINK kan ia kepada beliay

3. pertaruhkan le 1 GAMBAR ( lebih pun xpe)

4. FOLLOW beliau yer :))

5. TAG 3 orang je

6. tambahan syarat ! (update 16.2.2011)
FOLLOW CN
(sponsor hadiah CMB)

due date : 13 hb 3 2011

DAN 
denganbangganya...
saya nak pertaruhkan dua gambar! bukan satu OK
gambar anak-anak  buah saya yang COMEL


::  nama saya Nur Raudhah ::
sangat comel OK!
mata besar~ bulu mata melentik! tak payah pakai maskara!

:: nama saya ahnaf ::
macam upin kan muka dia!
budak ni xreti nak duduk diam.

ok!mahu tag 


Okey! Done~








Thursday, February 24, 2011

:: Online Identity ::

Seminar!
oh malasnya nak pergi.tu yang keluar dari mulut bila dapat tahu lecture suh pergi  attend seminar petang semalam. Kelas cancel tapi kehadiran dikira attend seminar tersebut.
Oh sangat la malas mulanya. Ok pergi.
Seminar IT.
Dan ternyata seminar tersebut bagus OK. Tak rugi pergi dengar.
Seminar tersebut bertajuk "Online Identity". Di sampaikan oleh En Edwan Aidid dari CyberSecurity Malaysia.
Not bad!
Best lah seminar tersebut. Macam-macam info dan maklumat baru aku dapat & belajar. Pasal virus!.pasal social network! Facebook! Twitter!..Security dan sebagainya.

:: the title of seminar::

:: en Edwan Aidid ::







:: sekretriat forum perdana & tahlil ::


Karnival SRN 2011
Alhamdulilah...berjaya!
aku diletakkan di bawah seketriat forum perdana & tahlil
first time kot diletakkan diletakkan bawah unit ini.
aku apply sekretriat sukan rakyat  mase itu. Tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menjadi salah seorang AJK pelaksana. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Boleh dapat pengalaman baru kan. Takkan asyik buat benda sama aje.
Ok.enjoy it~


Wednesday, February 23, 2011

:: Kelas batal!! ::


kelas batal!
balik rumah sambung tido~~eh! salah..sambung buat asigment yang bergunung-gunung tu!
en.lecture lain kali bagitahu awal-awal kelas batal. Jadi tak payah susah-susah aku nak tunggu bas pagi-pagi.nasib baik tak berbaris panjang~
ini entah kali keberapa ratus kelas en O.j batal..

~ Pesta kaut beras di lebuh raya ~



Gelagat orang ramai yang mengaut dan memunggah beras yang tumpah daripada sebuah treler yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tanjung Malim semalam.

KUALA KUBU BHARU - Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.
Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.
Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah.
Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22.
Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.
Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.

sumber: kosmo


~ Contest Pose Menarik ~


lame sudah rasanya tak join contest! Eh! yeke..
aku rasa-rasa macam lama dah..sebab lebih daripada 3 hari.
last join contest "BFF contest" & dengan bangga nak cakap aku tak menang!Biasalah banyak saingan kan.
Kali ini mahu join contest nuralynZAKREE
sapa rasa-rasa nak join jugak sila klik nama si pembuat contest atas itu ye~

Macam biasa mesti ade syarat-syarat bila join kan~@
mudah aje.
~contest khas buat girl aje yer!!faham tu!
~ buat entry
~letak satu gambar untuk dipertaruhkan.tak kisah pose gambar itu.
~tag 3 orang & pastikan orang itu tahu
~follow blog beliau
~tinggalkan link entry yang dibuat.
mudah kan!
tak sampai sejam boleh join right~


:: banner contest ::



:: gambar yang dipertaruhkan ::

motif gambar tu dipertaruhkan..
lokasi: dalam kampus UPSI.port yang tak pernah terfikir nak snap pic kat situ.
masa : pukul 5 lebih lepas habis kelas!~
Cantik kan!
pertama sebab gambar itu cantik.saya suka.kawan-kawan saya juga suka!
kedua sebab cantikk jugak.
ketiga sebab cantikk.pose itu!~
keempat sebab mereka sentiasa buat saya gembira.

saya mahu tag mereka 


Tuesday, February 22, 2011

:: faceBlog~ ::


facebook vs faceblog~
ade ape dengan Faceblog..look interesting lah..
facebook kaler biru kan tapi faceblog kaler pink!
actually aku tak berapa nak suka sangat kaler pink tau!
TAPI aku dengan suka, riang dan gembira hari ni nak join jugak faceblog~

Okey!malas mahu merepek lagi.
sape mahu join jugak sila klik di sini yer..


Monday, February 21, 2011

Pilihan Raya Kampus 2011


PRK 2011
Pilihan Raya Kampus 2011. 
Kali ketiga aku mengundi sejak bergelar pelajar universiti. Ini Kali terakhir mengundi di Universiti.
Pertama kali semester dua. then semester 4. and lastly esok semester 6. Semester 8 tak mengundi sebab aku semester 8 masuk bulan september nanti!~

Pabila tiba Pilihan Raya Kampus, Pelbagai manifesto di utarakan. Pelbagai janji di perkatakan.Tapi mampukah mereka melaksanakan apa yang diperkatakan. 
Gelombang kuning & biru bermanifesto di sana sini. berkempen sana sini.
poster sana sini. 
Undi adalah rahsia. 
Jalankan tanggungjawab masing-masing. Undi calon yang layak!~~

Sunday, February 20, 2011

AKU SEORANG BLOGGER YANG AKTIF


aku seorang blogger yang aktif
aktif ke?? kira aktif la. Sebab hari-hari aku bukak blog.update blog!
~ kecuali aku betul-betul sangat sibuk yer.

kepada sesiapa yang nak join " aku seorang blogger yang aktif" sila klik nama di bawah
mmudah aje.


:: Lagi kawan aku masuk dalam surat khabar!! ::

kawan aku masuk surat khabar lagi!
Femes kawan2 aku yer sekarang!~Tahniah tatie~ beliau classmate saya mase form 5 dulu. after f5 tak penah jumpe pun. agak2 bila aku nak jumpe dia ek?..
OK.Malas nak merepek. aku share kisah dia yang dalam surat khabar tue yer!
Sila baca!tak baca aku tembak!!!..just joking.
ape pun aku bangga dengan kau tatie!!~

Tajuk : Tatie tak gentar di panah mentari


PROFIL

NAMA: Astitie Hartatie Toha
USIA: 22 tahun
ASAL: Klang, Selangor
TARIKH LAHIR: 22 Ogos 1988
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.
AKTIVITI: Aktif dalam Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia
ADIK BERADIK: Anak sulung daripada tiga beradik


SERING KALI terbabit dengan pelbagai aktiviti lasak, tetapi pada masa sama masih tetap mengekalkan ciri kelembutan sebagai wanita, itulah antara cabaran yang perlu dilalui Astitie Hartatie Toha, 22, dalam mengejar minatnya itu.
Dia yang sememangnya bergiat aktif dalam Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia ada kalanya memerlukannya berkawad berjam-jam lamanya dalam cuaca panas terik jika menghadiri kursus ditetapkan. 
“Pada ketika itu tekanan dihadapi sememangnya tinggi, tetapi tidak bermakna saya tidak mampu melakukannya kerana setiap aktiviti yang dilakukan dilaksanakan sebagaimana kaum lelaki.

“Tiada istilah kasihan kerana masing-masing perlu melaksanakan tugasan diberikan seperti mana orang lain dan di sinilah cabaran sebenar boleh dilihat,” katanya.



Bagaimanapun, minatnya yang mendalam dengan aktiviti lasak tidak pernah sesekali menjejaskan perhatiannya dalam bidang akademik malah, dia kini berada

di tahun akhir dalam jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.

Gadis manis yang lebih suka disapa sebagai Tatie itu berkata, tidak dapat dinafikan aktiviti masa senggang dan bidang akademik yang diceburinya menjurus pada kemahiran kaum lelaki, tetapi dia ingin membuktikan bahawa wanita juga mampu melakukannya.

“Bidang Kejuruteraan Geomatik banyak berkisar mengenai kerja ukur tanah sama ada dataran ataupun lautan dan lebih banyak melakukan praktikal berbanding kerja teori.

“Ini bermakna saya perlu bekerja di lapangan lebih banyak berbanding kerja pejabat selain perlu mengendalikan peralatan berat,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada mulanya ramai yang beranggapan wanita tidak mampu bertahan dalam bidang geomatik kerana ia memerlukan komitmen di lapangan yang tinggi.

“Rakan sekelas lelaki sering berkata bolehkah wanita melakukannya kerana kebanyakan daripada mereka tidak begitu gemar berada di kawasan panas terik.

“Saya sahut cabaran itu dan membuktikan jika ada kemahuan di situ ada jalan, walau seteruk manapun pekerjaan itu saya akan lakukan yang terbaik untuk melaksanakannya,” katanya.

Anak sulung daripada tiga beradik itu juga berkata, disiplin diri amat penting dan sentiasa bersikap terbuka sekiranya ingin bekerja di kalangan kaum lelaki serta buktikan pada mereka wanita juga mampu melakukan sesuatu yang dianggap mustahil.

Menurutnya, minat dalam aktiviti lasak ini mungkin disebabkan pengaruh kuat pasukan beruniform dalam keluarga memandangkan ayahnya juga seorang anggota polis.

“Walaupun sebagai perempuan, tetapi ia tidak membataskan saya untuk melakukannya kerana yakin dengan kemampuan diri.

“Rasa penat adalah asam garam dalam melakukan perkara yang disukai, tetapi ia amat berbaloi dan saya cukup menghargainya,” katanya.

Selain itu, sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga sifat tegas apabila berhadapan dengan adik-adik lelaki sememangnya sukar untuk dijauhkan.

Tatie berkata, sebagai kakak dia perlu menunjukkan contoh teladan yang baik agar mereka tidak berasakan kakak mereka tidak mampu melakukan sesuatu di luar kemampuan diri.

“Kedua-dua adik lelaki kini turut menyertai pasukan beruniform dan ada kalanya meluahkan rasa akibat kepayahan yang perlu dilalui, tetapi saya sering berkata jika saya sebagai wanita mampu melakukannya kenapa tidak mereka?

“Ia sedikit sebanyak memberikan semangat kepada mereka untuk terus mencuba dan melakukan yang terbaik agar tidak kalah kepada kakak mereka,” katanya.

Mungkin ramai beranggapan anak perempuan tidak sesuai melakukan aktiviti lasak selepas meningkat dewasa, tetapi baginya jika kena pada gaya dan berupaya mengimbangi antara kerjaya dan minat segalanya boleh dilakukan dengan jayanya.

Malah, ibunya sering kali menasihatinya agar sentiasa menjaga diri kerana walau bagaimana lasak sekalipun aktiviti harian tetap perlu menjaga kebersihan dan kecantikan sebagai wanita.

“Sokongan yang diberikan ibu amat saya hargai dan nasihatnya juga saya amalkan hingga kini kerana sebagai wanita aset yang ada pada diri perlu dijaga sebaik mungkin.

“Jangan sesekali mengabaikannya kerana setinggi manapun kita bertapak identiti diri sebagai wanita perlu dipertahankan,” katanya.

Di samping itu, dia juga tidak pernah lupa untuk menjaga kebersihan kulit wajah kerana mengetahui dengan kegiatan lasak yang dilakukannya pastinya memberikan kesan terhadap kulitnya.

Sebagai wanita katanya, keinginan untuk memiliki kulit yang putih, bersih, lembut dan licin tanpa sebarang cela tidak boleh dipisahkan walau sesibuk manapun aktiviti harian mereka.

“Saya menggunakan set penjagaan kulit Safi Balqis Perfect 10 kerana sukakan tekstur produknya yang ringan dan tidak mendatangkan kesan sampingan memudaratkan.

“Malah, ia dapat mengurangkan kesan berbelak pada kulit akibat terdedah pada cahaya matahari untuk jangka masa yang lama,” katanya.

Oleh itu, pastikan sebelum tidur kulit wajah perlu dibersihkan dan bebas daripada sebarang kotoran terutama akibat pemakaian mekap.

“Pemakaian krim malam juga penting sekiranya melakukan aktiviti berat seharian bagi mengembalikan kesegaran kulit wajah dan untuk melindunginya pada siang hari penggunaan krim penghadang cahaya matahari turut memainkan peranan utama.

“Saya hanya melakukan penjagaan kulit wajah yang ringkas tetapi ia perlu dilakukan secara teratur untuk mendapatkan hasil yang diingini,” katanya.



sumber: metro

Saturday, February 19, 2011

~Pejuang Blog~ aku rasa gambar tu comel.



Blurrr!! takde idea nak tulis proposal tesis aku tu dah
ak blogwalking jumpe blog ini. sapa nak tengok sila klik sini ! jangan malu-malu yer.

:: senang tapi mencabar ::

cerita Quiz 2  paper Management information Systems (MIS)
tengok soalan terus terkejut. Lecture siap suruh duduk berpartner untuk jawab soalan.
Korang ade ke jawab Quiz berpartner??
2 otak digabungkan!

soalan senang tapi mencabar
siap ade jawapan lagi diberi. Soalan 30  tapi jawapan ade 35!..Lecture aku memang sengaje la. Bagi jawapn lebih-lebih pulak.
serius aku kate soalan tadi aku gagal untuk menjawab dengan cemerlang!
banyak jawapan tersasar.

moral of the story: Study Betul-betul. Jangan Confident sangat OK!~

Friday, February 18, 2011

"JOM SERTAI BLOGLIST IR @ BLOG LEBAH"


IzamirRidzwan nak buat Bloglist baru. Bloglist lama sudah dibubarkan~
Dengan ini aku cakap aku nak join jugak!
aku nak jadi salah satu bloglist dia yer!
senang aje. Syarat seperti dibawah atau klik sini

1) Buat entry bertajuk "JOM SERTAI BLOGLIST IR @ BLOG LEBAH" dan link kan ke entry ini..

2) Copy code dalam textbox kat atas dan paste-kan di entry korang tu.. 

3) Buat review sikit mengenai blog IR ni.. Tak lebih dari 100 patah perkataan..


4) Pastekan URL entry korang tu di ruangan komen 







Mari kite review sikit blog IzamirRidwan

Blog yang simple!~blognya Santai~header simple aje.
Lebah tu comel kan.Lebah tu gerak-gerak.Ha..lagi satu dia ade Muzium Lebah! Orang lain takde! tu la keunikan blog IR. blog kaler biru...Siap ade awan-awan lagi. IR rajin mengupdate blog~ tak macam saya.lately kurang rajin.Lagi satu,saya suka penulisan beliau itu~

Ok!Done!

sapa nak join klik IzamirRidwan 





:: Quiz 2 ::

kul 12 ade Quiz 2 paper MIS
aku dengan selambe boleh lagi mengupdate blog kan!
memang bagus! Jap lagi aku jawab apa yang aku update ni je..
Wish me Luck OK!
dah study tapi tak tahu ingat ke tidak!
Usaha + Doa + Tawakal je lah.

:: Blog Aku Bersih, Suci lagi Murni ::


Blog aku Bersih OK!
Tak percaya tengok atas tue~~ " CLEAN" kan..
blog korang??
pergi check sekarang yer!
check di sini 


Thursday, February 17, 2011

:: Sekolah Berprestasi Tinggi ::

Tahun 2010, 20 buah sekolah diiktiraf sebagai sekolah berprestasi tinggi. Tahun 2011 bertambah lagi 23 buah sekolah menjadikan kesemuanya 43 buah sekolah.Sumber dari akhar kosmo yer. sila baca kat bawah tu.
Berikut adalah senarai penuh SBT 2010:
  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
  3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
  4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
  5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
  6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
  7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
  8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
  9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
  10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
  11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
  12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
  13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
  14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
  15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
  16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
  17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
  18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
  19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
  20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

    petikan daripada akhbar Kosmo 

LIMBANG – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan.
Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang merupakan salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.
Katanya, sekolah-sekolah itu terdiri daripada Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor; Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak; dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; dan Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan.
Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak; Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur; Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang dan Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.
Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak; SK Convent Muar, Johor; SK Seri Biram, Pahang; SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah; dan SK Setiawangsa, Kuala Lumpur.
SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang; SK Sultan Ismail, Terengganu; SK Jalan Tiga, Selangor; SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang; dan SJK(C) Lick Hung, Selangor.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tahun lepas, 20 sekolah diumum sebagai SBT. – Bernama

:: pergi sekolah kena belajar pendidikan jalan raya tahun depan ::


tahun 2012 ade subjek baru diperkenalkan di sekolah. Guess what??? Pendidikan Jalan Raya. Nasib baik mase untuk aku bersekolah dah lepas. aku akan pergi ke sekolah tapi sebagai guru. Tapi kan tibe-tibe je nanti aku pulak yang kena ngajar subjek tu.errr..aku macam tak boleh bayangkan lagi lah nie..
maklumat lanjut baca Kosmo hari ini yer.Aku share dari Online jadi tak dapat baca full.





KAJANG - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) bercadang memperkenalkan subjek pendidikan keselamatan jalan raya kepada para pelajar sekolah menengah mulai tahun depan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Suret Singh berkata, subjek itu sebagai langkah terbaru mendidik golongan tersebut mengenai kepentingan keselamatan di jalan raya.
Menurutnya, JKJR dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengangkutan sedang menyediakan kurikulum yang sesuai untuk diajar kepada golongan sasar terbabit.
"Cadangan dilakukan supaya kurikulum tersebut diajar kepada para pelajar di tingkatan satu, dua dan empat selama 40 minit dan sekali dalam tempoh seminggu.
"Kita akan mengenal pasti guru-guru yang layak untuk dilatih bagi mengajar para pelajar terlibat," katanya selepas merasmikan Majlis Kempen Kesedaran Jalan Raya anjuran Denso dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang di sekolah tersebut semalam.

sumber:kosmo.

Wednesday, February 16, 2011

:: Bisnes Sebagai Satu Budaya ::

Bisnes sebagai satu budaya.
TAN Sri Muhammad Ali Hashim merupakan tokoh yang tidak perlu diperkenalkan. Jangan sesiapa berani menafikan kredibiliti dan keupayaan anak kelahiran Johor itu di pentas bisnes. Mantan Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) itu telah melakukan satu pencapaian yang sangat luar biasa.
Sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada entiti korporat yang dikendalikannya selama hampit tiga dekad, beliau meninggalkan satu nama dan legasi perniagaan yang cukup hebat. JCorp kini mempunyai lebih daripada 280 anak syarikat dan membuka pintu rezeki kepada lebih 65,000 pekerja. Terlalu banyak kejayaan yang dilakar hingga boleh dijadikan satu buku bersiri.
Syarikat konglomerat semasa pentadbirannya juga mencipta satu sejarah dunia. JCorp dilabel syarikat pertama yang mentransformasikan JCorp kepada Perbadanan Wakaf pertama di dunia. Akhbar melaporkan, JCorp mewaqafkan saham bernilai RM200 juta (nilai aset bersih) kepada Waqaf An-Nur Corporation Bhd. Seterusnya, pada tahun 2007, syarikat itu sekali lagi mewaqafkan saham miliknya di dalam TPM Management Sdn. Bhd. yang memiliki premis membeli-belah Larkin Sentral di Johor Bahru bernilai RM50.3 juta.
Katanya : “Bisnes bukan sekadar mencari keuntungan, tetapi bisnes itu adalah jihad.”
Muhammad Ali masih sibuk seperti dulu. Beliau masih merupakan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM). Terkini, beliau adalah seorang penulis buku.
“Saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama J-Corp dengan pembaca, justeru saya menulis buku yang bertajuk Bisnes Satu Cabang Jihad.
“Karya ini bukannya menumpukan kepada strategi atau teknik pengurusan tetapi mahu mengajak masyarakat Islam menghayati dan membudayakan bisnes secara serius,” katanya yang juga menulis buku bertajuk Membujur Lalu : Suatu Pengalaman Orang Melayu Dalam Pengurusan.
Buku setebal 240 muka surat itu mengandungi pecahan empat bab utama iaitu Mengenggam Pedoman, Membisneskan Budaya, Membudayakan Bisnes dan Mendaki Ombak yang antara lain mengupas tentang krisis ekonomi Asia dan cabaran serta ancaman korporat Barat.
Bisnes sebagai pekerjaan
Buku itu mengajak orang Melayu menjadikan perniagaan atau bisnes satu kerjaya serius supaya tidak ketinggalan, melonjakkan pendapatan semua, langsung meningkatkan taraf hidup menjadi bangsa maju.
Sebagai seorang Muslim yang arif dalam selok-belok perniagaan, Muhammad Ali melihat, orang asing sering melontarkan persepsi bahawa Islam adalah sebuah masyarakat yang kecundang dan antibisnes.
“Justeru, saya ingin membangkitkan semangat orang kita agar segera menjadikan bisnes sebagai teras kekuatan dan ketahanan Islam.
“Pada masa sama, saya menyeru agar mereka menyuntik nur Islam dalam amalan dan gerak kerja perniagaan yang dijalankan, jangan terpedaya dengan budaya kapitalisme Barat,” tegasnya yang turut mengadakan ceramah-ceramah bisnes berlandaskan prinsip jihad di seluruh negara.
Secara kesimpulannya, buku itu menyeru masyarakat Islam memahami peranan dan mengiktiraf potensi bisnes dalam mengatasi krisis dan ancaman sekali gus membina kekuatan dan kekebalan ekonomi dalam mempertahankan hak dan kedudukan.
Buku yang akan diterjemahkan dalam bahasa Inggeris ini kata Muhammad Ali, bukan saja sesuai dirujuk kepada usahawan malah kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa. “Sesungguhnya, budaya perniagaan harus diterap sejak kecil, tambahan, seruan agama menyatakan sembilan per sepuluh punca rezeki adalah melalui bisnes,” ujarnya yang akan mengeluarkan sebuah buku lagi pada April ini.
Hasil karyanya begitu menarik kerana Muhammad Ali turut menyelitkan beberapa peribahasa dan pantun yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan dunia perniagaan.

sumber: Kosmo online

SAYA PUNYAI 100-500 FOLLOWER


simple aje!
saya dengan saja-saja nak join.
Sebab saya suka!~
menepati syarat kan ~followers 100-500
lihat di situ followers saya 258 orang ye. tak ramai pun kan.
 Apa yang penting sy seorang blogger & menulis apa yang saya rasa nak tulis.


sapa nak tahu & join klik nama di bawah



Tuesday, February 15, 2011

:: Strawberry! ::

Strawberry! 
tengok gambar kat bawah tue! pasti terg0da-goda kan.
terima kasih kepada lokman yang tolong belikan masa g Cameran Highlands last week. Kalau tak, takde la makan sekaligus mengupdate di sini.
Saya hanya suka makan buah Strawberry yang fresh itu aje! Air strawbery tak suka. Kek yang ade strawbery tak suka. biskut & roti strawbery pun tak suka.
kenapa? tak tahu! memang tak suka. bagi la 1 juta pun. tetap tak suka 



:: Insan Ulung Kekasih Allah S.W.T ::


mahu berkongsi!
artikal ini dari i luv islam

Jadikan Kehidupan Rasulullah Sebagai Motivasi
Kita kini sedang menyambut ketibaan bulan Rabiul Awwal yang telah mencatatkan peristiwa penting dalam sejarah Islam. Di mana apabila tibanya bulan Rabi'ulawwal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia sama-sama mengingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran dan kebangkitan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul akhir zaman telah membawa sinar bahagia kepada manusia dan rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan dan hidup bermusuhan antara satu sama lain. Yang kuat memerintah yang tidak berdaya, yang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah, undang-undang terletak pada pandangan nafsu dan bukannya berdasarkan wahyu sehingga hidup manusia bercelaru hilang pedoman dan tempat rujukan untuk berlindung.
Sejarah telah mencatatkan kisah perjalanan pahit maung kehidupan Rasulullah S.A.W. di dalam tugasnya menyebarkan dakwah Islam yang mulia ini, baginda pernah dikeji, dihina, diugut, dibaling dengan batu sehingga berdarah, dipulau kaum keluarganya namun untuk meninggalkan amanah Allah ini tidak sekali-kali terlintas di dalam jiwanya.
Justeru, Rasulullah S.A.W. yang diutuskan kepada umat manusia sebagai penghulu segala rasul, wajib kita sama-sama mentaatinya, dengan erti kata melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya. Mudah-mudahan kita beroleh kecemerlangan dan kegemilangan hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7:
Maksudnya : "Dan apa jua suruhan yang di bawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan ia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya  kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya (bagi orang-orang yang melanggar perintahnya)".
Melalui cacatan sejarah juga kita dapati bagaimana kehidupan Rasulullulah S.A.W. yang sentiasa dijaga dan dipelihara oleh Allah S.W.T. bagi menjamin dakwahnya diterima oleh masyarakat. Walaupun baginda hidup dalam suasana masyarakat jahiliah yang sesat bertuhankan nafsu, namun baginda tidak terlibat dengan penyembahan berhala, minum arak, berjudi, malah tidak pernah berhibur dengan hiburan yang melalaikan. Begitu juga, baginda bersifat amanah sehingga digelar "al-Amin" serta sentiasa menjaga pergaulan dan percakapannya.
Baginda Raslulllah S.A.W. turut dididik dengan ujian bagi mematangkan fikiran dan tindakannya, di mana sejak kecil lagi baginda menjadi yatim piatu dengan kewafatan ayahanda dan bonda yang tercinta. Penjagaan baginda yang yatim piatu diambil alih oleh datuk kesayangannya Abdul Mutalib, tetapi Allah S.W.T. sekali lagi menguji baginda dengan kematian datuknya ketika baginda berusia lapan tahun dan penjagaan baginda berpindah kepada bapa saudaranya Abu Talib. Cuba kita bayangkan?. Bagaimana nabi yang bakal melaksanakan tugas dakwah Islam yang begitu besar dan berat telah diuji dengan kehilangan ahli keluarga ketika usianya yang masih kecil. Tetapi Allah maha penentu segala-galanya, di mana setiap sesuatu yang berlaku mempunyai hikmatnya yang tersendiri. Ujian kewafatan ahli keluarga tercinta telah mendidik baginda sebagai seorang yang cepat matang dan tidak terlalu bergantung kepada orang lain.
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, marilah kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.
Sebagai seorang pemimpin agong baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan jauh dan akal fikiran yang tajam serta semangat juang yang tinggi, kekuatan rohani yang mendalam, tabah dan keberanian menempuh berbagai cabaran dan dugaan yang perlu kita contohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Makkah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam pada hari ini hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan akal dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Ini kerana setiap umat Islam pada hari ini adalah bertanggungjawab meninggikan dan mempertahankan agama Allah.
Di antara ciri-ciri dan sikap terpuji baginda Rasulullah S.A.W. yang perlu dicontohi :
1. SEBAGAI KETUA KELUARGA YANG MULIA DAN BERTANGGUNGJAWAB.
Dalam kesibukan baginda sebagai pemimpin negara, sebagai pendakwah, ketua tentera dan pelbagai urusan lainya tetapi baginda tidak pernah melupakan soal membina keluarga yang harmoni. Bagaimana baginda menunjukkan kaedah yang berkesan untuk melahirkan sebuah rumahtangga Islam sejati yang berjaya melahirkan generasi Islam yang bertakwa. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al-Tahrim ayat 6 :
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."
2. SEBAGAI PEMIMPIN YANG BIJAKSANA
Rasulullah S.A.W.  merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Peribadi baginda yang luhur, tidak ingin dipuji, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan kebendaan serta mengejar pangkat dalam perjuangannya. Akhirnya baginda telah berjaya membentuk peribadi, masyarakat dan negara Islam yang unggul dan terbilang.
Amat sesuai baginda menjadi contoh teladan yang paling baik. Sabda baginda :
" اِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ "
Maksudnya: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia ".
3. MEMILIKI AKHLAK YANG SEMPURNA.
Baginda diutuskan bersama akhlak yang sempurna sebagai asas panduan kepada setiap lapisan masyarakat. Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-Ahzab ayat 21 :
Maksudnya : "Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."
Seterusnya baginda terkenal dengan ketegasan dalam perjuangan mempertahan agama Allah tanpa rasa takut dan menolak sebarang bentuk tawaran keduniaan. Seandainya sifat seumpama ini dapat kita laksanakan pastinya Islam bertambah maju dan setiasa disegani kawan mahupun lawan.
Dalam membina masyarakat yang harmoni pula baginda menggariskan beberapa panduan antaranya menanamkan sifat berkasih sayang, tolong menolong, menjaga hak kejiranan dan sebagainya demi menjaga dan membentuk masyarakat sejahtera.
Inilah antara sifat-sifat dan ketabahan baginda Rasulullah S.A.W. di dalam menegakkan agama yang benar dan diredhai Allah S.W.T. Maka bersempena sambutan Maulidur Rasul yang kita sambut pada tahun ini hendaklah dilakukan dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas serta berbeza dengan cara sambutan Maulidur Rasul yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang terlalu gembira menyambut kelahiran baginda dengan sanggup memerdekakan hamba kesayangannya serta menyembelih 100 ekor unta tetapi akhirnya apabila baginda menyatakan tentang kenabiannya serta dakwah Islam yang dibawa oleh baginda maka dialah orang paling keras menentang baginda sehingga kisahnya dirakamkan dalam surah al-Masad.
Oleh itu, kita perlu sedar dan insaf sambutan yang kita raikan mestilah selari dengan apa yang diucapkan, jangan kita bersungguh-sungguh memuji akhlak Rasulullah S.A.W. Tetapi akhlak remaja kita terbiar semakin hari semakin liar, tidak terkawal dan terlalu mementingkan hiburan sehingga mengabaikan tuntutan agama. Begitu juga, jangan kita hanya memuji baginda yang mengharamkan arak, judi dan riba sedangkan di sekeliling kita arak, penagihan dadah, pil khayal, ubat batuk dan segala macam yang memabukkan semakin manjadi-jadi seakan-akan tidak ada penghujungnya.
Maksudnya : "Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (arab) yang ummyyin, seorang rasul (nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaannya), dan membersihkan mereka (daripada iktikad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hokum-hukum syari'at). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata." ( Surah al-Jumuah ayat : 2 )
Nabi kita Muhammad SAW adalah seorang Rasul yang telah menyelesaikan segala permasalahan umat dan telah menyempurnakan amanah Allah SWT sewaktu hayat Baginda dengan meninggalkan dua khazanah yang amat berharga kepada kita sebagai panduan hidup iaitu al-Quran dan Sunnah Nabawiyah. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekalian sesat selagi mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi". (Riwayat Iman Malik )
Text diambil dari Khutbah Jumaat oleh Jakim http://www.islam.gov.my/khutbah-online kata kunci Rasulullah 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat