Friday, December 3, 2010

:: Rusia, Qatar terpilih ::


[ZURICH] Rusia berjaya memenangi hak penganjuran Piala Dunia 2018 manakala Qatar terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022.
Keputusan itu diumumkan selepas undian dijalankan Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Switzerland malam tadi.
Keputusan tersebut diumumkan sendiri oleh Presiden FIFA, Sepp Blatter selepas kempen melobi oleh negara-negara yang menawarkan diri sebagai tuan rumah telah menyaksikan ramai pemimpin politik dan personaliti sukan dunia berkumpul di sini.
Rusia berjaya menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 dengan mengetepikan tiga calon dari Eropah yang lain iaitu England, Sepanyol/Portugal dan Belanda/Belgium.
Qatar pula dipilih tuan rumah Piala Dunia 2022 mengatasi empat calon lain iaitu Australia, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
“Kita akan ke tempat baru. Belum pernah pusingan akhir Piala Dunia dilangsungkan sama ada di Rusia atau Eropah Timur dan juga Timur Tengah atau negara-negara Arab,” kata Blatter.
Piala Dunia 2014 akan berlangsung terlebih dahulu di Brazil. – Reuters

1 kesan tapak kaki:

Salim Harmanain said...

nice post...kunjungan balas.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat