Tuesday, November 30, 2010

:: kemas mengemas ::


edisi akhir semester!
proses kemas-mengemas
pindah-pindah barang!
next sem duduk bahtera Arked
barang transfer ke sana..


P/S: barang udah siap diturunkan..rumah nampak kosong aje!~


:: kisahku bersama 411 Kolej Aminudin Baki ::

411 tetap dihati...walaupun aku tak rase..tetap nak cakap jugak..boleh ke??...boleh ke tidak, boleh ke tidak { hehe..pinjam ayat dalam cerite Datin Wanabe jap ea}..
dari dulu hingga kini..saat ini..masih di 411...
411??
ade ape dengan 411...di 411 aku bermula...di 411 juga ia berakhir
cerite pasal no..ni bukan no ramalan Okeyy!!faham!
actually..411 itu no rumah..no rumah kat Kolej Aminuddin Baki, UPSI..


entry ni ditulis sempena malam ni malam terakhir aku kat KAB..malam terakhir bukan sebab aku dah habis belajar [setahun setengah lagi baru abis]  tapi sebab sem depan aku tak duduk kolej lagi..kena duduk luar..


kisah bermula 29 julai 2008
aku daftar sebagai pelajar di UPSI.OK. dapat kolej aminudin baki...KAB A411.

A maksudnye blok A .411 tu maksudnya tingkat 4 
cerite pasal blog A...teringat mase pendaftaran dulu.dengan perasaan penuh konfiden aku pegi naik blog A Kolej Zaaba..mase tu nampak blok A je..tak perasan yg itu bukan KAB...elok je aku naik sampe tingkat 4...
seorang kakak fasi tegur " rumah adik no bape"..
dengan perasaan penuh confident menjawab "A411" [ confident tue penting kan]..
kakak tu tanya lagi "tengok kunci adik"...aku pun bagi lah..
sekali kakak tu cakap camnie " adik salah ni..ni blok A Kolej Zaaba!..Blok A KAB kat hujung sana! "
owh malunye..salah blok sehh..Eh..salah blok daa..nasib baik la aku blog bawak bagasi dan segala barang naik, kalu tak satu kerja nak bawak turun lagi tau!..dah la tingkat 4! tinggi U!~

ok masuk rumah! aku dapat bilik no.1.satu rumah 3 bilik.6 orang.
boleh tahan besar bilik ini.satu bilik kongsi 2 orang. dapat roomate, dia budak kedah. nama dia FARIZA. Dia sangat la tinggi kalu korg nak tau. guess what..birthday dia 1 hari lepas birthday saya! hoho..dah macam adik beradik jadinye.
my roomate kedahan!
my housemate yg lain Kelantan, Terengganu & Sarawak
mereka adalah azizah,asmah,kak ya & step



itu kisah semester satu 
A411
ini kisah semester 5 pulak
E411


no rumah yg same.bilik yg sama.tingkat yg same.blok yang berbeza.penduduk rumah yg berbeza jugak!

rumah yang paling bestt..hari-hari bergelak ketawa.riang gembira. walaupun sedih tetap boleh senyum.boleh ketawa.
daftar kolej! dapat rumah E411!!..terkezut aku tau..E411..apesal naik tingkat 4 balik..kan semester 3 dah turun tingkat 2. haishh..sengaje betul nak bagi aku duduk umah tinggi-tinggi.penat weh! tingkat 4.wing hujung pulak tue! Redha je la..tinggi! jauh dari Foyer KAB aka tempat naik bas nak g kelas!

E411 ni dah macam ade kat negeri JOHOR...hoho!!!
4 orang dari johor [ iqa beary, syera, ifa , kak aini ]
sorang terengganu [ ecah caca ]
aku sorang selangor!!!


nasib baik selangor tak jauh beza dengan johor!..lebih kurang aje..







E411 tinggal kenangan..
love u all!!


kisah 411  berakhir 30 november 2010..
bila aku meninggalkan kolej Aminuddin Baki







Monday, November 29, 2010

:: kenapa perlu sihat & cergas ::


mood malam ni merayap-rayap di alam maya
kembara ilmu jiha najiha!!![ ilmu la sgt kan]..
melawat jiran tetangga sudah, berFB sudah, berYM sudah, Tweet2 sudah..
ok singgah sebentar di I Luv Islam.
web yg sangat bagus..banyak ilmu diperolehi...siapa-siapa yg terasa bosan a.k.a tak tahu nak buat ape tue sila-sila la ke web itu..banyak info tau!~
terbaca artikal ini..
ok mahu sharing dengan kamu semua...

sila bace artikal ini ....

MENGAPA MUSLIM PERLU SIHAT & CERGAS

Kenapa Seorang Muslim Seharusnya Fit?
Islam merupakan agama yang merangkumi seluruh kehidupan termasuk jasmani. Seorang muslim itu bertanggungjawab terhadap setiap aspek dalam kehidupannya. contohnya saya; saya adalah seorang anak, seorang abang dan seorang suami yang bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Dengan kesemua tanggungjawab ini, sudah semestinya ia menjadi kewajipan untuk diri saya memastikan kesihatan dan kecergasan sentiasa dijaga. Tanpanya, bagaimana untuk saya tunaikan tangggungjawab tersebut?!
Contoh: Bagi mereka yang ingin menunaikan umrah dan haji, sudah tentu mereka perlukan tenaga dan kecergasan yang baik. Alhamdulillah saya sudah beberapa kali dapat menunaikan umrah tetapi kadangkala sedih melihat ramai yang kurang upaya dari segi kecergasan fizikal sehingga menggunakan kereta (sebaiknya jalan kaki) atau pitam dan macam-macam masalah lain berkaitan isu kesihatan.
Dalam satu hadis, ia mengatakan bahawa 1 per 3 daripada  perut kita perlu diisi dengan makanan, 1 per 3 yang lain perlu diisi dengan air manakala 1 per 3 yang lain adalah udara untuk bantu kita bernafas. Daripada hadis tersebut, kita dapat belajar bahawa kita tidak sepatutnya makan terlalu banyak.
Mengikut catatan sirah, Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang manusia yang sihat atau 'fit.' Pastinya Nabi kita sihat bukan kerana pergi gimnasium hari-hari tetapi adalah melalui kehidupannya sebagai seorang muslim. Kesihatan dan kecergasan bukanlah berhubung kait dengan gimnasium tetapi ia adalah cara hidup kita. Menjadi seorang muslim adalah cara hidup. Bagi saya, ia cukup mudah; menjadi seorang muslim bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah, tetapi ia juga melibatkan penampilan kita. Oleh sebab itu, saya perlu betul-betul menjaga kesihatan.
Lima Contoh Kesihatan dan Kecergasan Dalam Islam
1. Ibadah Haji dan Umrah.
Sekali lagi, ini contoh yang memang jelas kerana untuk menunaikan ibadah semasa umrah lagi-lagi ketika waktu haji sememangnya memerlukan kecergasan dan penjagaan fizikal diri. Tanpafitness, memang sukar!
2. Puasa.
Puasa mempunyai banyak kelebihan. Ia memerlukan fokus, disiplin, kesederhanaan, kawalan diri dan mementingkan penjagaan badan, minda and kerohanian. Tetapi tanpa penjagaan kesihatan yang baik, ibadat puasa pun menjadi suatu perkara yang sukar.
3. Sembahyang.
Kalau kita fikir, setiap kali anda sembahyang anda sebenarnya melakukan senaman ringan selama 4-5 minits ataupun 20-25min sehari. Walaupun ia tidaklah senaman yang berat tetapi tak kira umur, ia "memaksa" seseorang untuk berdiri, sujud (strecthing) dan melibatkan keseluruhan anggota badan.
4. Sunnah nabi.
Pelbagai sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan simbolik kepada senaman, kesihatan dan kepentingan penjagaan diri sepanjang hayat Baginda. Sebagai seorang muslim, kita selalu merujuk kepada pengajaran sunnah... jadi kenapa tidak pula mengikut gaya hidup Baginda yang aktif dan cergas?
5. Al-Quran
Seperti sunnah, Al-Quran adalah panduan kehidupan seorang muslim. Dan walaupun quran tidak menyuruh anda mengunjungi gimnasium atau berdiet, ia mementingkan keserderhanaan dalam pemakanan (balanced diet), jangan membazir dan menjaga kesihatan diri.
Untuk itu, kecergasan yang penjagaan kesihatan diri sudah tentu menjadi tanggungjawap setiap muslim.


SUMBER : I LUV ISLAM


:: Teguran itu penting ::

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain 


Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh



 Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?. 

Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.



sumber : I Luv Islam



:: macam chipsmore ::


hey!!
kamu ni macam chipsmore lah..
kejap ade
kejap takde
dan sebab tu jugak sy suke awak!!

:: AWARD lg ::

mekaseh yer cik Dhiya!!
bagi award...I like!!
kamu memang baik tau

ini la awardnye


nak award kan..kena jawab soalan2 ini dulu
owhh..senang aje..
pejam mate pun boleh jawab...lalalaala..



1.name sebenar kamu n makna d sbalik nama kamoo..heee...ad klainan an an an..mksd name tu...kompem sume makna name sdap!
2.pndangan tntang pemberi award..simple mimple saje ^^ heeeee
3.besday anda sume?? waaa..mcm mo ksik adiah la an hahahaha
4.anda sht??? heee...caring nie wink wink*



jawapan soalan-soalan cik Dhiya

1-. nama diberi NUR NAJIHA BINTI MAHFUDZ....just call me JIHA!...
makna nama i tue " cahaya kejayaan "

2- cik Dhiya awak cute, cute dan cute OK! baik jugak!

3- birthday saya 10 april~ haa!!kena wish tau...nak hadiah!!...tak kire nak jugak!..

4- alhamdulilah sihat~ dalam mood happy2...esok da boleh balik rumah..








:: Aku dan mereka ::



:: siapa yg ke seratus?? ::


cepat2!! sape ke seratus
hoho
sedang menanti follower yg ke- 100
org lain dah beratus-ratus...siap beribu..
ko baru nak seratus
ish2..


:

Sunday, November 28, 2010

:: GiveAway CahayaMyLife ::


MARI DEKAT..MARI DEKAT..
RAPAT..RAPAT..
hoho macam iklan Sheila Rusli jer

hadiahnya handmade coklat Ok
ape tunggu lagi tu??
cepat join!


cara-cara seperti di bawah.

  1. Rakyat Malaysia dan berada di negara Malaysia. [Giveaway akan datang insyaAllah terbuka untuk semua 
  2. Follow blog cahayamylife.
  3. Copy banner giveaway yang ada di sidebar blog ni dan letakkan di sidebar korang. [Mudah orang lain nak join]
  4. Buat entry pasal giveaway ni je. Tak payah berjela sebab pemenang random je.
  5. Tulis blog referral korang dalam entri.[Sebagai langkah menaikkan trafik kawan-kawan yang dah join]
  6. Selepas siap, sila tinggalkan link entry anda di bahagian komen bawah yer. Kalau kotak komen bermasalah, sila beritahu dengan klik di bahagian 'Klik untuk pertanyaan' di atas ye. Pemberitahuan melalui Kotak Sembang tidak dilayan.



l~l berwajah baru l~l

perhatian semua!!!
cik " Silent Thinker " sudah berwajah baru
aku baru aje operate dia...ciap masuk ICU tau

maaf ye cik silent thinker! sbb saya terpaksa ubah awak..operate awk..awak memang dah cukup cantik dulu! saya sgt suke! Tp awak ade masalah!!.. tak boleh berkaler2..tulisan awak tak boleh kaler2...bila aku Post Entry same je kaler tulisan..sy nak kaler2..baru colourful hidup nie..
sayang jugak bila terpakse operate awk.
Tp terpaksa OK!


ini adalah rupa silent thunker yg baru
( sedih seh header tak blh bubuh gambar dah!!!)









:: GiveAway Bicara Kasih ::


mood exam abis dah!!
mari berblog!

kali ni aku nak join "give away bicara kasih "

senang aje caranya..
seperti di bawah ini

Syarat-syarat GA 
1. Jadi follower blog Giveaway Bicara Kasih.


2. Buat entry Giveaway Bicara Kasih ni di blog masing-masing dan letakkan banner di atas dalam entry tersebut dengan tajuk entry "Giveaway Bicara Kasih"

3. Letak banner di sidebar blog. 

4. Tinggalkan link dan email kawan-kawan dalam kotak komen entry ini.






:: Berusaha, Berdoa Dan Bertawakkal Kepada Allah ::

Berusaha, Berdoa Dan Bertawakkal Kepada Allah

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”

Riwayat Ibn an-Najjar


Huraian

Pengajaran Hadis:

i) Kekayaan dan mengumpul harta untuk mengukuhkan ekonomi sangat digalakkan di dalam Islam dengan syarat-syarat tertentu seperti mengeluarkan zakat, bersedekah untuk meninggikan syiar Islam atau melakukan apa sahaja kebajikan yang harus di sisi syarak. Ini penting kerana dengan cara ini tabungan (dana), pembahagian dan perluasan sumber sesama Islam boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk kepentingan sesama umat Islam bagi mengelak daripada pinjam-meminjam, hutang-menghutang dan sebagainya.

ii) Kemiskinan itu kadangkala boleh membuatkan aqidah seseorang terpesong di mana musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas kekurangan dan kelemahan yang dihadapi itu untuk mempengaruhi ke arah kesesatan. Oleh itu kemantapan iman sangat penting, jangan sampai menyalahkan takdir di saat menghadapi kemiskinan atau kesusahan hidup.

iii) Rezeki dan kemewahan datangnya daripada Allah S.W.T. Setiap manusia dituntut untuk berusaha mengubah nasibnya tetapi diingatkan agar tidak bersikap rakus dan tamak sehingga mencetuskan permusuhan dan perbalahan, dengki-mendengki dan sebagainya. Sebaliknya hendaklah bersikap sederhana dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah sama ada banyak ataupun sedikit.



Saturday, November 27, 2010

:: we are special right?? ::



~we are special~

:: artikal ini dari iLuvislam


 Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu. Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri, jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa, girang gembira oleh ibu dan ayah. Biarpun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak merasa lemah, itulah dia,  “We are special!“.



   Kita punya akal. Jika tidak, mustahil kita dapat membaca artikel ini. Akal adalah anugerah Allah yang tidak terhingga. Ia membezakan antara manusia dan haiwan, juga tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah di hadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat Allah. Dia tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai.
“Aku bodoh, mereka pandai…aku lemah tak punya apa-apa, mereka hebat”
   Orang yang tidak tahu menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah. Maka, menyedari bahawa we are special adalah jalan menuju syukur. 


Firman Allah:

 Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tiin:4)

   Keangkuhan kita, keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah dan menjatuhkan martabat kita di sisi-Nya. Firman Allah:

 Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah (At-Tiin:5)

   Apabila kita telah menyedari bahawa kita adalah istimewa, kita akan lebih bersyukur. Kesyukuran itu membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti dan taat kepada Allah. Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah. Kita tidak lagi merasa sedih dan lemah di sisi manusia. Bahkan, itulah yang dikehendaki Allah. Firman-Nya:

 Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Ali Imran:139)

   Kesimpulannya, ada 1001 sebab yang boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa“we are special!“.



:: Kebahagiaan dalam Kedukaan ::

Kebahagiaan dalam kedukaan

sekali nengok macam tajuk lagu shahir~Kebahagiaan dalam Perpisahan..Memang pun!..aku nak pinjam sekejap tau! Mood hari ni kebahagiaan dalam kedukaan!..mesti semua tertanya-tanya..kalu tak pun buat2 la macam tertanya2..Hoho! boleh ke?..Boleh aje kalu nak..

Kebahagiaan di situ- Aku da abis Final exam utk Semester 5
&
Kedukaannye- Exam Math td susah! tak tercapai di akal aku rase!
aku tak dapat Score!Siyes aku cakap susah!
soalan punyer susah! aku tgk soalan macam tak pernah jumpe tau!~
selame ni time kelas tak penah pun muncul soalan2..
Confius aku!
mule2 berfikir " haishh..salah soalan ke?? "..aku tgk kertas soalan tu matematik perniagaan..Ha! Betollah paper Math..

betul2 sedih tau!











:: REDAH AKU DAN KAU PUNYA OLEH BEN ASHAARI ::

REDAH AKU DAN KAU PUNYA!!
JOM REDAH!!!
SEGMEN DARI bro BEN ASHAARI!!
sy suke blog BEN ASHAARI sbb best!,dapat dapat kenal banyak kawan2 baru dalam dunia Blogger!
dia selalu buat segmen yg secara tak langsung dapat mempromosikan blog aku sekali
i like!!!
thanx to Ben Ashaari..
sy dah makin ramai kawan!

eh ape ko merepek nie!!
cepat buat ape sprt BEN ASHAARI suruh!
kite teruskan OK


:: 5 Entry BEN ASHAARI YANG MENARIK!! ::







:: selamat membace ::











Friday, November 26, 2010

l-l 1 more paper!! l-l



1 more paper tomorrow!!
pastu
MERDEKA
untuk sem 5 la..ade lg 3 sem kena tempuh

td paper business law..Alhamdulilah boleh jawab!
besok last paper
Mathematic...
bermain dgn no!
dgn Rumus2!!

OK la nak pegi dating dgn En Kalkulator!
daaa!!!!


Thursday, November 25, 2010

l-l selesai paper pertama...2 more!! l-l


Alhamdulilah.....
dah selesai satu paper...Negotiation Entreprenuership!.
OK kot!
walaupun aku ade lupe fakta penting...memang sedap aku goreng2 jawapan td!
yg penting aku jawab penuh OK!!! xde tinggal ruang kosong langsung.


Next 2 paper
1) Business Law ( jadi lawyer aku!!)
2) Mathematic (jom main kire2!! )


esok! Business Law!!!...
wish me luck yer!!
udah jiha pegi study!!! berlambak2 kes ko belum hafal~~
g BACE BUKU sane!
besok2 dah abis exam ko berkepitla dgn blog kau nih...blog kau masuk Exam ke??








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat