Saturday, October 30, 2010

l-l cabaran catur bestari IPT l-l


wish me luck for this competition!!


Thursday, October 28, 2010

l-l surat cinta dari KOLEJ l-l


dugaan ke ape minggu ni?
macam2 jadi
lepas satu,satu lagi
masalah nak add subjek blom setel!!
dtg pulak orang bagi salam & hantar surat CINTA dr Kolej KAB
memang betul2 dugaan
betul2 nk menguji kesabaran aku yg memang seorang penyabar nie!

apesal ha tbe2 nak bg surat2 cinta ni bagai
dulu tak penah pun nak bg..
kenapa skrang ni pulak tibe2 keluar idea nak bg surat macam ni
sgt lah tak faham


::mode: sgt2 down!!!..
walaupun sy tahu setiap yg berlaku ade hikamahnye..
redha aje lah







l-l I hate this part l-l




I hate this part.SERIOUSLY!!!
ingat kan abis asigment abisla segalanya
tinggal nak final
sekali dtg mggu add subjek yg agak bermasalah kali ni

Sem ni makin melampau pulak sistem.
Setakat jam 8.30 malam ni aku masih tak boleh add ape2 subjek!
betapa teruknya lah
dari semalam aku tunggu
sampai hilang dah sabar aku ni
how dare u mysis.upsi
sangat menyusahkan Ok! teknologi dah tinggi pun masalah jugak
baik daftar secara manual.lagi senang kot kan. takde la masalah sistem down ke ape ke.
asal aku bukak je msti sampai seperti gambar kat atas tue!!
korg nak nampak tak??..macam ade benda yang menghalang jerk kat c2
apekah agaknyer??
seharian aku dok depan laptop aku
semua ceruk alam dah diterokai...umah, bitarasiswa,perpustakaan tunku bainun..ha! mne lg..
tension OK!
sakit kepala + migrain dtg menyerang aku!





l-l selfish!!! l-l



selfish!!
sy cukup tak suke org yg "selfish" nie..
menyampah tau!
"aku tak suke kau!!!"


:: moralnya jangan terlalu baik dengan org lain. aku pun nak jadi selfish jugak!! penat dah jadi baik j dgn org lain...





Wednesday, October 27, 2010

l-l 21 jam kredit?? l-l



28/10/2010
start minggu add kursus
mesti system jadi jammed..bengong dan segala2 nye
skrg pun dah tak boleh bukak
ape kes?
cmne nak add?


sem depan planning amik 21 jam kredit
banyak tak ( adakah saya tamak?? tak yer...)
huh!
bertambah bz la agaknyer
sem ni 19 pun blh dikira aku balik kg
lagila 21 jam..
ishh2...

21 jam kredit?
mampukah aku?
of koss OK!!
yakin boleh!
jiha boleh!!!! ( semangat tue penting Ok)

ni la subjek nak add

1- pengajaran,teknologi dan penaksiran 2- 6 jam kredit
2- projek tahun akhir - 6 jam kredit
3- pengurusan perubahan - 3 jam kredit
4- sistem pengurusan maklumat - 3 jam kredit
5- pengajian keusahawanan dan perdagangan - 3 jam kredit





l-l Done !! l-l



berakhir segalanyer
free sudah daripada bebanan asgmnet
now
perlu fokus kepada exam
3 mggu lagi final exam
final exam aku 3 hari aje

l-l Scene oh Scene l-l


Scene oh Scene!
kasi gua tension je lah!
kasar siot ayat aku..
mne sifat sopan santun ni??

ni sume pasal Scene dalam projek Multimedia
saya kena buat P&P guna flash
menggunakan segala animasi yg ade
Ok!
yg memang suke2 bab2 nie..
tp yg tak suke ni bile ape kite buat tak kena! tak jadi!

sgtla kecewa!
punyer penat buat
last2 tak blh publish oleh sebab satu scene yg mengade2 nih!
Tak boleh nak link ke Scene aku nak
sgt confius!!!
padehal dah buat ActionScript
"kenapa kamu tak jadi-jadi??? "
tlg la jgn nak mengade2 buat hal skrg!


mode skrg sgt tension!
dah putus ase!
nak tdo!
saya dah tak larat!
sakit kepale!











Monday, October 25, 2010

l-l pertandingan catur bestari l-l




PERTANDINGAN CATUR BESTARI
DATE: 30-31 OKTOBER 2010
VENUE: UPM SERDANG


Sukacita nak maklumkan di sini bahawa kumpulan saya akan mewakili UPSI dalam pertandingan catur Bestari ( kumpulan yg tak pegi tue sila jgn jeles OK!)...
~lalala...tibe2 jadi jahat kejap...











l-l sejarah subjek teras sekolah rendah 2014 l-l

MELAKA 24 Okt. - Selepas mengumumkan mata pelajaran Sejarah wajib lulus bagi memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kerajaan hari ini mengambil pendekatan menjadikannya sebagai subjek teras di sekolah rendah bermula 2014.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, penambahan baru juga akan dibuat pada mata pelajaran tersebut antaranya menekankan aspek kewarganegaraan, patriotisme dan unsur Perlembagaan.

Ketika ini, katanya, unsur mata pelajaran Sejarah banyak 'menumpang' pada subjek Kajian Tempatan yang diajar kepada murid Tahap Dua di sekolah rendah.

''Kita akan laksanakan subjek Sejarah ini bermula pada Tahap Satu dengan berkonsepkaneducation is fun menerusi pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.

''Kita mahu jadikannya sebagai mata pelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini.

Menurut Mohd. Puad, pihaknya perlu melatih semula guru mata pelajaran Sejarah sedia ada sebelum mata pelajaran tersebut boleh diajar kepada murid sekolah rendah.

Katanya, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk mengisi keperluan pembentukan negara Malaysia yang maju dan meningkatkan patriotisme rakyat agar generasi muda mengetahui asal-usul serta kepentingan menghormati Perlembagaan negara.

Mohd. Puad turut menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya keputusan mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus akan membebankan pelajar.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, subjek Sejarah akan diubah suai dengan dimasukkan elemen baru bagi menjadikannya lebih menarik dan efektif.

''Perlembagaan Persekutuan serta kemerdekaan tanah air merupakan antara topik yang diberi keutamaan dalam subjek berkenaan bagi menyuntik semangat cintakan negara di kalangan generasi muda,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.







Sunday, October 24, 2010

l-l mak....orang dapat lagi l-l


ini adalah hadiah utk mak ayah saya


Saturday, October 23, 2010

l-l test ketiga akaun l-l



test ketiga akaun
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

sangat kecewa tau tak!!
sbb sy xjawab dgn baik
kecewa..
kecewa.....
siapa perlu disalahkan??
diri sendiri OK..
jgn salahkan org lain
sape suruh tak stdy sume bab..


soalan tue senang aje!
sgt rugi!
menyesal pun takguna
benda dah berlaku..



:: semua yg berlaku tue ade hikmahnya.

p/s: moralnya: lain kali study sume bab..kasi habis!
suke suki je nak skip2
blh je jawab mase exam nnt skip2??
mmg skip2 la markah kau!



l-l carry mark sudah keluar l-l



next week mggu 14
lagi satu mggu je kuliah ade b4 sem ni berakhir
kelas aku sume dah abis
kecuali kelas negotiation skills yg hanya belajar 6 slide aje!!
camne tue nak jawab exam nnt
tak belajar langsung
en O.J kate " awak bce je buku dari ketiak ke ketiak"
mak oi!!
dah la banyak
b.inggeris,tulisan buku tu pulak kecik2!!
sah2 ak mmg tak berminat nak bce!
kne buat nota kaler2 dlu!

this week carry mark sume dah kuar except paper negotiation skill tue
sbb en O.J nye kat oversea..lokasi sebenar tak tahu sbb dia tak bgtahu..
so far Ok la carry mark
takut jugak nak check!
sbb asigment mmg berat2 jer..
takut markah sikett!
tp alhamdulilah..OK!
t.kasih kepada lecture yg bg markah tue
perlu berusaha untuk final nnt
lagi2 paper math tue!!
kena buat latihan banyak2










l-l sy rindu mak ayah saya l-l



Friday, October 22, 2010

l-l nak boleh tak??? l-l



Komputer riba Apple paling nipis


GAMBAR menunjukkan satu model komputer MacBook Air.


laptop tue sgt cantik,nipis..
tp harga dia mahal
dan saya blom mampu nak beli sndr
saya nak boleh tak?
ade tak sape2 blh belikan utk saya??




CUPERTINO, California - Syarikat komputer Apple Inc. memperkenalkan dua komputer riba MacBook Air yang nipis kelmarin.

Salah satu komputer riba itu mempunyai skrin seluas 33.8 sentimeter (sm) manakala yang kedua mempunyai skrin 29.4sm.

Komputer MacBook yang lebih besar itu senipis 1.73 sentimeter dan seberat 1.3 kilogram (kg) manakala baterinya tahan selama tujuh jam.

Satu lagi model komputer riba itu seberat 2.2kg dan baterinya tahan selama lima jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Steve Jobs berkata semasa melancarkan: "Kami bertanya kepada diri sendiri, apa akan berlaku jika MacBook dan iPad digabungkan? Maka inilah hasilnya."

iPad ialah komputer tablet keluaran Apple.


Komputer MacBook Air tidak boleh membaca cakera padat (CD) atau cakera padat digital (DVD).

Ia hanya menggunakan memori flash seperti iPhone.

Komputer Macbook Air dijual pada harga bermula AS$999 (RM3,103) dengan storan memori 64 gigabit.

Pada harga AS$1,199 (RM3,725) ia dilengkapi dengan memori 128 gigabit.

Komputer Macbook yang lebih besar ditawarkan pada harga AS$1,299 (RM4,035) dengan kapasiti 128 gigabit atau $1,599 (RM4,968) bersama storan 256 gigabit. - Agensi




l-l sepetang bersama kamu l-l






nnt2lah br update



































l-l Dengan Penuh Kasih Sayang l-l

dengan penuh kasih sayang.....

this picture dedicate especial utk mereka sempena birthday mereka
:: mizan ::
:: syed ::
:: ifa ::
:: sam ::
:: ain ::

special birthday dr iqa beary & jiha aka name glamournyer atiqah_najiha



Thursday, October 21, 2010

l-l Jadual saya penuh l-l



mak oi..
penuh jadual aku minggu nie
baru nak relax2 lpas submit asigment except projek multimedia tue

Tp tak dapat la den nak relax
td baru abs program malam pragraduasi
best sgt!!
tahniah buat diri sendiri sbb program berjalan lancar ( ayat macam aku je jd pengarah program)
sy AJK makanan OK!
sy yg sediakan makanan awak2 sume tau..


khamis- jamuan akhir class tok sem ni
ak sebagai planner dan sponsor berkoleberasi dgn iqa beary..
tak sabar tunggu esok!
mesti happening


jumaat-test akaun ( wallah tak study lg)
&
malam anugerah dekan

sabtu- test multimedia
&
program under unit perumahan dan pengangkutan (AJK peralatan??..tak best lah!!!)


ahad-family day AT45

isnin-program under unit perumahan lagi

selase- nak training catur bestari



:: bila masa saya nak berehat ni??
sgt penat tau!!




Wednesday, October 20, 2010

l-l DONE!!~ tinggal satu lagi l-l



done!!
dah siap!!
asigment dah akaun dah siap
asigment memurnikan buku
lepas ni blh la aku jadi editor buku
bolah tak???tak boleh pun bolehkan jugak!!

:: ape ko merepek ni jiha?
hoho..
sy tak berminat jadi editor OK! abs buku/majalah kang kalu aku jadi editor..



now tinggal projek multimedia je belum siap
projek P&P kemahiran hidup form 1
bab elektrik
kejap2!!.. sejak bile kau tukar jadi bidang K.Hidup jiha
..tibe2 konfiusss...
actually group aku dah decide nak buat K.hidup
jadi follow aje
sbbnya 2 org drpd ahli group aku KHidup
2 org lagi pendidikan Islam
aku sorg aje budak keushawanan
2 lawan 1
off course aku kalah!! ( tak kalah pun ..dah sepakat tu OK)


now projek in progress
lg 2 mggu nak present projek tersebut
harap2 dapat siapkan cepat2
jd blh la balik kampung dengan tenang..
dah lame tak balik tau!








l-l kolej masih syg aku l-l


yehaa...
alhamdulilah..
semester depan masih dapat duduk di kolej
kolej memang sayang kat aku!
lalala~ sila jgn jeles OK!

nervess j tahu senarai name kolej dah kuar
turun bas laju je..
trus je g papan tanda....oppss..papan kenyataan kat foyer
tgk name!
eh!!!
ehhh!!
apesal name aku takde pulak
sekali tgk ade!! ( lain kali tgk btol2 OK!..pakai terjah je..tgk name kat sem 3 mmg la takde)


alhamdulilah
still dapat kolej
rezeki masih menyebelahiku dok kat kolej



p/s:: thanx kpd pihak pentadbiran KAB



Tuesday, October 19, 2010

l-l 21/10/2010 l-l


NOW....
21/10/2010
tarikh ni cantik jugak
tarikh yang akan muncul mungkin 100 tahun lagi
sangat lame tue~
betol kate iqa beary
so ape bnda menarik yg bakal jadi yer??

will update!!

l-l keyakinan diri itu penting l-l


"Apabila sesuatu bangsa tidak mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri, maka sudah tentu bangsa itu akan kekal dalam kehinaan." - Tun Dr. Mahathir Mohamad

Keyakinan diri tu sgt penting OK. Kena percaya pada diri kamu sendiri.
Nie ade tips nak wujudkan keyakinan diri.


1. Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

2. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

3. Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

6. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

8. Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9. Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10. Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.


::sumber:iluv islam

l-l tak sabar tunggu hari khamis l-l




tunggu!!
event yg aku n iqa planned~


l-l hari selase l-l


oyehh.....oyehhh..
hari selase dah tak payah pegi class
class tok sem ni dah abs
pn azita da tamatkan class
pn wan pon same jugak
td last class!
class dah takde sbb nak suruh stdy awal2


mggu depan dah tak payah menapakkan diri kat foyer KAB tu nak naik bas
blh sambung tdo lpas semayang subuh!
kalu mak tahu ni abs la seminggu kena ceramah~





Monday, October 18, 2010

l-l MRT akan hubungkan 6 kawasan di ibu kota l-l

MRT hubung ibu kota ke enam kawasan
Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahamdfarizal@bharian.com.my
2010/118
pix_gal0

Sepertiga daripada 150KM landasan dibina bawah tanah tingkat sistem pengangkutan awam

KUALA LUMPUR: Projek Sistem Pengangkutan Pantas (MRT) Lembah Klang Kuala Lumpur yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2011, Jumaat lalu, membabitkan pembinaan rangkaian rel menghubungkan ibu kota dengan enam kawasan yang memanfaatkan lebih enam juta pengguna.


Projek berharga RM40 bilion itu yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pertengahan tahun depan meliputi laluan ke Serdang, Cheras, Kepong, Damansara, Subang Jaya dan Puchong.

Menurut sumber Kementerian Kewangan, sepertiga daripada rangkaian rel sepanjang 150 kilometer itu akan dibina di bawah tanah.

“Ia menawarkan perkhidmatan lebih mesra pengguna, sekali gus membolehkan penumpang membuat transit antara stesen dengan mudah kerana memiliki penambahan jaringan rangkaian lengkap membabitkan perkhidmatan kereta api antara bandar, komuter, monorel, transit aliran ringan (LRT), Ekspress Rail Link (ERL),” katanya, semalam.

Projek MRT satu daripada lima program utama yang akan dilaksanakan di bawah projek Greater KL yang meliputi ibu negara dan bandar satelit di sekitarnya.

Empat lagi program ialah mewujudkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur dengan pengkhususan dalam kewangan Islam; membangunkan Sime Darby Vision Valley; memajukan Tasik Perdana seluas 101 hektar sebagai taman botani bertaraf dunia dan menjadikan Greater KL destinasi pelancongan utama dunia.
Sumber berkata, projek MRT bakal meningkatkan tahap kecekapan sistem pengangkutan awam negara secara bersepadu, setanding dengan ibu negara maju lain seperti Seoul dan Tokyo.

Beliau berkata, projek berkenaan juga mampu membantu kerajaan mencapai meningkatkan peratusan penggunaan pengangkutan awam pada waktu puncak.

Kini, penggunaan pengangkutan awam di Malaysia hanya 16 peratus antara terendah di dunia berbanding Seoul (60 peratus), Singapura (56 peratus), Manila (54 peratus), Tokyo (49 peratus) dan Bangkok (40 peratus).

“Apabila projek MRT siap pada 2020, ia meningkatkan lagi penggunaan perkhidmatan awam kepada lebih daripada 50 peratus,” katanya.

Beliau berkata, bagi mempercepatkan pelaksanaan projek MRT itu, pengumuman pelantikan kontraktor utama akan diumumkan sebelum akhir tahun ini.

“Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyerahkan kajian daya maju cadangan pelaksanaan projek MRT kepada kerajaan minggu ini atau minggu depan untuk diluluskan secepat mungkin.

“Jika semua berjalan lancar, pembinaan MRT di Lembah Klang bermula pertengahan tahun depan merangkumi beberapa landasan yang satu daripadanya berpusing di luar pusat bandar, sementara beberapa lagi merentasi pusat bandar dan hampir menyamai rangkaian tren di bandar raya utama dunia,” katanya.




l-l Dapatkan 3G iPhone percume l-l




3G iPhone percume!!
sape nak??
cepat!...cepat!...
mari dekat..mari dekat!!!!

Ok!
bukak blog td ade blogger nie
meninggalkan message di ShoutBox blog sy
jadinya trus klik blog dia..tengok ape yg ade
Ohh!
ade contest la..
ape lagi JOIN lah~peluang nie..kot2 ade rezeki
tak salah kan berusaha..

contest tu namanya
"TOP REFERRER CONTEST"
tempoh contest adalah 1/10/2010 sampai 31/10/2010
senang jer!
letakkan gambar banner seperti di bawah ini
lepas tue promote kat blog2 lain
makin ramai klik dari blog kite makin banyak la referrel blog kite!
( ape lg tolong la klik2 yer)




P/S : SAPE NAK JOIN BLH LA YER
SENANG JE..COPY & PASTE CODE DI ATAS ( SILE KLIK ATAS TU ok).





l-l STRESS l-l



projek oh projek

strees aku dibuatnya!
dah banyak aku buat
insert macam2 simbol
last sekali
baru aku perasan ak insert layer
dgn bangga aku buat semua simbol dalam layer yg sama!
dah tak blh nak di animate kan
x blh gerak2!
kena buat balik!

knp begitu careless jiha???
kan kena buat balik
OK! padan muke utk diri sendiri!


l-l pemandu bas tak insaf2 jugak l-l


tak serik-serik jugak pemandu bas ekspress ni!
dah ramai terkorban pun x jugak sedar.
nak tunggu diri sendiri jadi arwah ke?? mase tu baru nak insaf ke?? dah tak guna mase tue..

ni petikan dari surat khabar UTUSAN!..


Pemandu bas ekspres tak serik-serik


BUKTI sebuah bas ekspres yang dipandu laju hampir mencecah 100 km/j bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka. – UTUSAN/HAFIZH KHOSMAT


KUALA LUMPUR 17 Okt. - Nahas bas ekspres meragut 13 nyawa di Lebuh Raya Utara Selatan di Rembau, berdekatan susur keluar Simpang Ampat pada Ahad lalu langsung tidak memberi pengajaran kepada sebahagian pemandu bas ekspres lain.

Pemandu bas-bas ekspres seolah-olah tidak mengambil peduli tentang kemalangan ngeri tersebut walaupun pihak polis mengaitkan nahas itu dengan faktor kenderaan dipandu laju.

Buktinya, siasatan dua hari wartawan Unit Khas Utusan Malaysia empat hari selepas nahas itu mendapati kebanyakan bas ekspres khususnya di Lebuh Raya Utara Selatan masih dipandu melebihi had laju 90 kilometer sejam (km/j).

Malah, memandu dengan kelajuan 110 kmj sehingga 120 km/j seolah-olah menjadi perkara biasa kepada pemandu-pemandu terlibat.

Siasatan seumpama pernah dilakukan wartawan yang sama pada Januari lalu. Hasilnya ketika itu mendapati sebahagian besar mereka merupakan 'pemandu pelesit' yang menjadi raja pecut di lebuh raya dengan kelajuan purata 120 km/j dan ramai juga mencecah 170 km/j.

Selepas sembilan bulan siasatan itu didedahkan di muka depan Utusan Malaysia pada 25 Januari lalu, kini sikap 'pemandu pelesit' terlibat nampaknya tidak berubah.

Sebaliknya, menerusi siasatan pada Khamis dan Jumaat lalu itu, sebahagian pemandu bas ekspres di Lebuh Raya Utara Selatan terus menjadi 'pelesit' memperjudikan nyawa penumpang yang dibawa.

Pada Januari lalu, siasatan lebih tertumpu kepada modus operandi mengekori lebih 20 bas ekspres untuk mencatat kelajuan mereka.

Sebaliknya kali ini, selain mengekori bas-bas ekspres tersebut, wartawan terlibat turut menaiki dua buah bas ekspres bagi perjalanan Kuala Lumpur-Melaka dan Melaka-Kuala Lumpur.

Ini bagi mendapatkan gambaran lebih jelas cara pemanduan dan kelajuan bas ekspres di Lebuh Raya Utara Selatan.

Selain menyiasat kelajuan bas ekspres yang dinaikinya, wartawan berkenaan turut mencatatkan tabiat pemandu bas ekspres lain yang masih menjadi 'pelesit' di lebuh raya.

Berdasarkan meter kelajuan, bas pertama dinaiki dari Kuala Lumpur ke Melaka pada Rabu lalu didapati tidak melebihi had laju 90 km/j.

Dari bandar raya ini bermula pukul 9.35 malam, kemudian memasuki Plaza Tol Sungai Besi sampailah ke Melaka Sentral, kelajuan bas berwarna merah hati itu adalah di bawah had laju yang dibenarkan.

Bagaimanapun, sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 130 kilometer itu menyaksikan bas-bas ekspres lain yang menuju ke arah selatan dipandu laju kebanyakannya dalam kelajuan 110 hingga 130 km/j.

Anggaran kelajuan mencecah 130 km/j itu dibuat berdasarkan kelibat 'bas-bas pelesit' tersebut yang menghilang sekelip mata selepas memotong bas yang dinaiki wartawan dengan kelajuan 90 km/j.

Sikap sebenar 'pemandu-pemandu pelesit' dapat dibuktikan ketika menaiki bas ekspres Melaka-Kuala Lumpur milik syarikat lain pada kira-kira pukul 11.45 pagi, keesokannya.

Sepanjang perjalanan dari Melaka Sentral ke Hentian Bas Bukit Jalil di ibu negara, bas berwarna oren itu dipandu mencecah 110 km/j, iaitu kelajuan yang membuatkan wartawan dan penumpang lain sudah mula 'kecut perut'.

Ini kerana, dengan kelajuan 110 km/j pemandu kenderaan besar seperti bas ekspres akan berdepan masalah mengawal kenderaan ketika kecemasan dan ia mengundang kemalangan yang boleh meragut banyak nyawa.

Lebih menakutkan, ketika bas dinaiki itu sendiri dipandu 110 km/j, masih terdapat bas-bas ekspres lain yang dengan mudah memotongnya dan hilang 'sekelip mata' daripada pandangan.

Kesalahan lain adalah aksi pemanduan berbahaya bas-bas ekspres yang berlumba-lumba memotong kenderaan berat menggunakan lorong kanan.

Selain itu, taktik membolosi sekatan jalan, perangkap had laju dan mengesan kereta peronda polis menggunakan perkhidmatan 'Push to Talk' (PTT) masih diamalkan.

Mereka sanggup membiarkan stereng tanpa kawalan sepenuhnya untuk asyik memberi tumpuan kepada perbualan walkie-talkie sesama 'pemandu pelesit' bagi melaporkan lokasi terdapatnya pasukan polis mengadakan sekatan atau perangkap had laju.

"Tol Sungai Besi sampai Menara Tinjau (Kilometer 271 di Seremban) line clear. Tak ada speed trap.

"Nak pergi Larkin pun, kawan tadi cakap line clear," kata pemandu bas pertama yang dinaiki pada Rabu malam.

Dengan bantuan PTT menyebabkan 'pemandu-pemandu pelesit' ini bebas memecut dan bermaharajalela di lebuh raya kerana mengetahui tiada pasukan polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengadakan sekatan, rondaan atau perangkap had laju.

Berikut adalah catatan pemantauan wartawan Unit Khas Utusan Malaysia sepanjang siasatan tersebut:

HARI PERTAMA: Kuala Lumpur-Melaka, 9.35 malam, 14 Oktober

MENAIKI bas ekspres WPEXXXX bersama lima penumpang lain dari Hentian Bas Bukit Jalil menuju ke Melaka.

"Penumpang kurang sikit dik, biasa 15 ke 20 orang naik pada waktu macam ini.

"Saya ingat, orang takut sikit sebab ramai pemandu bas ekspres yang pandu laju jadi pelesit di lebuh raya.

"Lebih-lebih lagi selepas kemalangan ngeri bas ekspres di Rembau baru-baru ini," kata pemandu bas tersebut kepada wartawan yang duduk betul-betul di kerusi di belakangnya.

Sebaik memulakan perjalanan pukul 9.35 malam, pemandu mula berkomunikasi menggunakan PTT untuk mengetahui sama ada terdapat polis peronda atau perangkap had laju oleh polis.

Melintasi Plaza Tol Sungai Besi, bas dipandu dengan kelajuan purata 80 km/j disebabkan lebuh raya ketika itu agak sesak dengan kenderaan lain di ketiga-tiga lorong.

Di Kilometer 295, ketika bas dinaiki memotong sebuah lori simen di lorong tengah dengan kelajuan 90 km/j, tiba-tiba sebuah bas ekspres lain bernombor plat WNRXXXX memotong lebih pantas di lorong kanan.

Keadaan sama turut berlaku berhampiran susur keluar tol Simpang Ampat apabila sebuah bas ekspres tidak dapat dipastikan plat pendaftarannya memotong di lorong paling kanan dengan kelajuan kira-kira 100 km/j.

Sepanjang perjalanan, bas tidak dipandu melebih had laju tetapi pemandunya asyik bertukar-tukar maklumat menerusi PTT dengan pemandu lain sehingga memasuki tol Simpang Ampat menuju Melaka Sentral.

Pemandu mengambil masa dua jam 20 minit untuk tiba di destinasi pukul 11.55 malam.

HARI KEDUA: Melaka-Kuala Lumpur, 11.45 pagi, 15 Oktober

BERSAMA 14 penumpang lain, wartawan memulakan perjalanan menaiki bas ekspres berwarna oren plat JHHXXXX milik syarikat lain pada pukul 11.45 pagi dari Melaka Sentral.

Tidak seperti hari pertama, pemandu ini tidak menggunakan PTT untuk memantau perjalanan di siang hari.

Sebaik sahaja memasuki lebuh raya melalui Plaza Tol Ayer Keroh, bas ini terus memecut dengan kelajuan 110 km/j di lorong kiri. Keadaan lebuh raya ketika itu dipenuhi lori-lori di lorong kiri dan tengah.

Sepanjang perjalanan, pemandu itu tiga kali bercakap menggunakan telefon bimbit.

Di luar bas itu juga kelihatan bas-bas ekspres lain mengekori bas yang dinaiki, dengan kelajuan hampir sama iaitu antara 100 - 110 km/j.

Di lorong arah bertentangan pula, banyak bas ekspres menuju ke selatan menderu-deru bunyi enjinnya yang sekali gus menggambarkan kelajuan kenderaan tersebut yang melebihi had laju.

Berbanding lebih dua jam perjalanan pertama, bas ini hanya mengambil masa kira-kira satu jam 45 minit untuk tiba di Bukit Jalil iaitu pada pukul 1.30 petang dengan kelajuan 100 hingga 110 km/j.




Sunday, October 17, 2010

l-l 5 semester bersama mereka l-l


sedar tak sedar dah 5 semester bersama mereka
all my coursmate
macam2 cerita
suka dan duka..suke lbh byk dari duka
kami 25 org je!
batch yg sgt siket
tiap semester,tiap2 kelas asyik muka same je
nk skip kelas pun susah tau..sbbnya siket sgt.
sorg tak datang pun dah blh nampk!


td mengemaskini folder dalam lappy
maka terjumpe gambar2 dari semester satu sampe semester 5 skrg nie!
byk gler gambar
patut pun puh disk aku!
ni mahu share gambar dari semester 1-semester 5



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

:: SEMESTER 5 ::


huda meninggalkan kami
pergi ke UUM (exchange student)
sem yg paling mencabar!!
tp
kami tetap tersenyun






:: SEMESTER 4 ::


riang ria gembire jer!!!






:: SEMESTER 3 ::






::SEMESTER 2 ::






:: SEMESTER 1 ::

1st time jejak kan kaki di Universiti
muke sume nampak suci aje!
baru nak kenal j sume



:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

korg tetap yg terbaik
AT45 dihatiku!!
syg kamu semua!!






l-l Pilihanku l-l




l-l istighfar itu peningkat motivasi l-l

Jika Anda di marahi seseorang, jika Anda dilanda tekanan, jika Anda sedang kemurungan atau jika Anda sedang stress, atasi semuanya dengan ucapan lafazistighfar sepenuh hati.

Ucapkan istighfar dengan nada suara berbisik, pejamkan mata dan rasai rasa kehambaan.

Hadirkan rasa sesalan ikhlas seikhlasnya.

Lafaz istighfar apabila di ucap dengan hati yang ikhlas memohon kemaafan akan dapat membuat rasa tertekan, rasa terpukul, kecewa, rasa tak bersemangat hilang perlahan-lahan.

Amalkan selalu saranan ini agar dapat merasai kesannya secara mendalam.


sumber: iMotivasi


l-l peristiwa berebut-rebut naek bas l-l



l-l I Phone ini berharga RM24.6 juta l-l

RM24.6 juta

wow!!
sgt mahal harganya..

SEPASANG iPhone 4 Edisi Ros Berlian.


LIVERPOOL - Sepasang telefon bimbit pintar iPhone Edisi Ros Berlian dipercayai merupakan iPhone termahal di dunia.

Sebuah akhbar melaporkan kelmarin bahawa kedua-dua iPhone 4 32GB berkenaan dihasilkan oleh seorang pembekal di Liverpool, Stuart Hughes.

Koleksi itu ditempah oleh seorang warga Australia pada harga mencecah AS$8 juta (RM24.6 juta).

Setiap telefon berkenaan ditatah dengan 500 butir berlian berjumlah 100 karat.

Badannya pula disaluti emas dan platinum manakala bingkainya diperbuat daripada granit. - Agensi


sumber: Kosmo


l-l kekecewaan l-l


KECEWA!!

sy sgt2 kecewa!!
sbbnya
blog aku nih..tulisan nye xblh berkaler!!
pnat je ak ubah kler mase tulis
bila publish kaler tak de!
ntah kenape lah???
tak aku templete
bground jugak
tak jugak blh
ape lah masalah??sape tahu tlg la bg jawapan.

jd tak best!!
tak suke! tak suke!
tulisan dalam entry aku tu same je kaler..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat