Bulan Rejab muncul lagi, Alhamdulillah kita masih lagi di panjangkan umur oleh Al-Khaliq untuk meneruskan kehidupan dan menikmati keistimewaan bulan Rejab iaitu bulan ketujuh dalam kalendar Islam atau kalendar Hijriah. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya di dalam bulan yang sangat mulia ini. Setiap amalan dan kebajikan di dalam bulan ni pasti mendapat ganjaran pahala yang melimpah-limpah.
Oleh yang demikian terdapat pandangan menyatakan bulan Rejab sebagai satu bulan spiritual untuk mempertingkatkan ibadat sunat di kalangan para Muslimin dan Muslimat.
Diantara ibadat sunat yang diberi penekanan sepanjang bulan Rejab ini adalah ibadat puasa sunat. Banyak kelebihan dan fadilat berpuasa di bulan rejab seperti mana yang di temui di artikel-artikel ilmiah:
Puasa satu hari – Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa dua hari – mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya.
Puasa tiga hari – dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
Puasa empat hari – diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajal.
Puasa lima hari – aman dari azab kubur.
Puasa enam hari – dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa tujuh hari – Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya.
Puasa lapan hari – Allah membuka lapan pintu syurga baginya.
Puasa sembilan hari – keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari – Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustagim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustagim.
Puasa 13 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari – Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari – dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari – Di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.
Puasa 20 hari – Allah mengampunkan segala dosanya lalu dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
Begitulah kelebihan dan fadilat berpuasa di bulan Rejab ini, di samping itu juga sesiapa berpuasa tiga hari dalam bulan ini dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada saiji.
Setiap umat Islam yang berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah pada Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap helai bulu roma seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.
Orang yang lemah dan tidak berdaya untuk berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Sungguh banyak kelebihan dan fadilat berpuasa di bulan Rejab, sememangnya peluang sudah tersedia kepada kita semua, selamat meraih habuan kelebihan dan fadilat berpuasa di bulan Rejab kepada semua Muslimin.
1 kesan tapak kaki:
i like this info....
Post a Comment