Wednesday, June 6, 2012

#Masterchef Selebriti :Siti Sarah tersingkir!



#Masterchef Selebriti.
Minggu ini dua orang disingkirkan.
Salamiah Hasan dan Siti Sarah.


Photo: Selebriti yang tersingkir malam ini adalah Siti Sarah Raisuddin..Siti Sarah Raisuddin mewakili Persatuan Untuk Orang Buta Malaysia. Derma yang berjaya dikumpul ialah RM2000

Siti Sarah disingkirkan setelah kurang berjaya menyediakan sajian yang menarik kepada para juri.

Sarah mengetuai kumpulan merah dalam sajian luar yang dijalankan di Homestay Sg Hj Dorani,Sabak Bernam. Dalam cabaran sajian luar kumpulan merah kalah beberapa mata dengan kumpulan biru yang diketuai oleh Thanuja.


Kekalahan dalam cabaran sajian luar membawa kumpulan merah ke pusingan penyingkiran.
Semua ahli kumpulan merah terpaksa menghadapi ujian untuk meneka 10 jenis rempah. Dua yang mendapat markah terendah akan melalui sajian pantas dan salah seorang akan tersingkir.
Dua orang yg mendapat markah terendah adalah Siti Sarah dan Soo Winnci.
Mereka perlu menyediakan hidangan daripada India. "Puri "namanya. Hohoi apakah itu? Tak pernah dengar!
Sarah dan Winnci pun terkejut! Damm. Camne nak sediakan. Then chef an dibagitau ada chef jemputan akan buat demo diorang akan buat sama seperti itu.

At the end Siti Sarah tersingkir.
Lepas ni takde la lawak-lawak dan jeritan dari Sarah.


Selebriti yang tersingkir malam ini adalah Siti Sarah Raisuddin..Siti Sarah Raisuddin mewakili Persatuan Untuk Orang Buta Malaysia. Derma yang berjaya dikumpul ialah RM2000



Tempat kerja baru!




Inilah tempat kerja baru saya.
hari ni baru masuk kerja.
Belajar untuk jadi  CIKGU tapi sekarang aku kerja kat butik tudung.
Sebelum ni aku kerja kat kedai makan.
Cari pengalaman kerja dulu.


Sapa-sapa minat tudung Pearl Haya atau D'haja atau Mawaddah boleh la dapat butik yer.
Banyak koleksi terbaru. cantik2 u!





Tuesday, June 5, 2012

Muffin Chocolate Chips



#Muffin lagi.

Kali ni Muffin Chocolate Chips.
Sebelum ini Muffin Vanila 

Tahap kerajinan untuk mencampak-campak bahan sangat tinggi. Tiba-tiba rajin pulak yer.
ini gara-gara hasutan kakakku.
Sembang-sembang muffin lah apa lah. 
Ini pun kali pertama buat sendiri Muffin Choc chips. Sebelum ni beli tepung instant aje. well malas masa tu!
Ok malas cite panjang-panjang.Jom tengok resepi.Sangat mudah






#RESEPI MUFFIN CHOCOLATE CHIPS


BAHAN-BAHAN:

1 3/4 cawan tepung naik sendiri*
1 cawan gula kastor*
1/4 cawan serbuk koko* 
1/2 sudu kecil garam halus*
1 cawan susu segar ( tak kisah brand apa pun)
1 biji telur(dipukul sikit.macam buat telur dadar)
1/3 cawan minyak
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan choc chips (lebih pun boleh)


CARA-CARA

[1] Panaskan oven suhu 200darjah celcius. Sediakan mangkuk muffin ke dalam tray.
[2] Dalam mangkuk besar satukan bahan bertanda * dan gaul sebati.
[3] Buat lubang tengah, masukkan bahan lain.Kacau guna senduk kayu secara kaup balik sekadar sebati sahaja. 
[4] Tuang dalam bekas muffin 3/4 penuh.Bakar 20 min, suhu oven 200 degree celcius pada 15minit pertama dan turunkan suhu 180 utk minit seterusnya sehingga muffin masak.
[5] Sejukkan dan hidang.


Tambahan
sangat mudah. Tak payah pakai mixer. Pakai senduk aje.Kalau pakai mixer agak kurang jadi atau tak jadi namanya. Kalau tak merekah tak jadi tau.




SELAMAT MENCUBA. RASA MALAS BOLEH ORDER. 
TINGGALKAN KOMEN OK








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat