Tuesday, December 20, 2011





~When Someone comes into your life,
ALLAH sent them for a reason 
Either to learn from them
or to be with them until the end~



Modul Perniagaan Ebay


Ini kesinambungan kepada entry Asigment Paling Mahal

Serius inilah asigment paling mahal semester ini. Banyak kos.
 Kos print sahaja RM40.50. Kos Buat kad debit. Kos kena tolak paypal. Kos kena bayar dengan Dhgate.
Betul-betul mencabar!

Asigment ini adalah untuk kursus E-Commerce atau bahasa melayunya E-dagang.
Asigment paling mahal, paling susah, paling rumit dan macam-macam paling lah..
Cuba bayang kan macam-macam benda kena buat. Dah la melibatkan duit.
Memang melayang-layang duit aku.
Heh! Apa merungut nie.
Kan dapat ilmu tu. 
Seriusly memang banyak benda baru yang diperolehi selepas belajar E-Commerce dan buat asigment nie.
Ternyata nak jadi usahawan internet bukan satu perkara yang mudah. Macam-macam  bneda kena fikir dan ambil kira. Eh! ada ke benda yang mudah. Senang-senang dapat? SEMUA harus diusahakan dengan gigih!
Special thanx kepada En Nizam lecturer dari UTAR yang memberikan peluang untuk menjadi peserta dalam program yang dijalankan ini.. Walaupun terpaksa menjadi responden kajian tetapi saya dapat banyak ILMU.


Bawah ini antara gambar dalam modul yang aku buat..







Tarraaaa......inilah hasilnya.
Oh salah eje tu disediakan....hmm..tak perasan.

Dalam Modul ini ada step-step nak memulakan perniagaan Ebay.
Start dari sign up gmail, sign up Ebay sampailah ke urusan segala transaksi.
happy bila berjaya siapkan modul ini.
Terasa macam penulis buku tau! erk!




Cikgu Dalam Kehidupan.







1. Cikgu yang terbaik dalam hidup adalah -Pengalaman.
 Ia merupakan cikgu yang terbaik dalam hidup kita semua. Hal ini kerana, daripada pengalaman akan mengajar kita erti hidup, menjadi lebih matang, dan mendewasakan kita. Tanpa pengalaman, kita tidak mampu untuk maju ke hadapan, mahupun berubah lebih baik daripada sebelum ini.

2. Cikgu yang teristimewa dalam hidup - Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan cikgu yang terindah dalam hidup kita kerana mereka lah yang mengajar kita tentang erti kehidupan daripada kita kecil sehinggalah dewasa kini. Tanpa mereka, tiadalah kita. Bukan itu sahaja, ibu bapa akan mengajar kita tentang manis dan pahitnya kehidupan ini kerana mereka telah matang dalam hal itu. Jadi, kita gunakan segala yang diberikan, untuk membimbing diri sendiri dalam meneruskan kehidupan.

3. Cikgu yang terindah dalam hidup - Tenaga Pengajar

Pensyarah-pensyarah, cikgu sekolah rendah mahupun menengah, dan kesemua yang pernah mendidik kita, cukup terindah dalam hidup ini. Hal ini kerana, mereka telah bersusah payah dalam membanting tulang empat kerat mereka, dalam mendidik kita supaya kita berjaya dalam kehidupan. Dengan semua ini, kita boleh terus maju kehadapan dengan ilmu yang dibekalkan dan mengamalkan dalam kehidupan kita.

Hargailah mereka sementara masih ada, hidup ini hanyalah sementara, bukan selama-lamanya.


sumber : Web iluvIslam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat