Monday, May 30, 2011

Kenapa guna nama blog tu by MTT



Kenapa guna nama blog tu by MTT. Segmen ini ditaja oleh BLOG MTT
Untuk maklumat lanjut sila pergi blog beliau ok~


SILENT THINKER!!

Kenapa aku pilih Silent Thinker?

Sebab aku seorang pendiam! Pendiam oke. Tak banyak sangat cakap. Eh!Poyos la kau jiha. Pendiam la sangat kan.
Setiap blog ada nama tersendiri dan teristimewa. Begitu jugak blog aku yang cantik nie. 
Silent Thinker tu maksudnya  seorang pemikir yang senyap. SILENT THINKER jugak sebab dalam diam sebenarnya aku menulis. Aku tak kecoh-kecoh pun kan aku tulis blog. Betul tak! Hee...





Sunday, May 29, 2011

Parlimen Belia Ditubuhkan




PUTRAJAYA 28 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan enam inisiatif yang membawa manfaat kepada orang muda termasuk penubuhan Parlimen Belia yang memberi peluang kepada belia untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan.

Perdana Menteri berkata, melalui inisiatif tersebut, belia berpeluang untuk memilih wakil mereka yang seterusnya akan membahas usul serta memberi cadangan kepada kerajaan.

‘‘Kerajaan seterusnya akan memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya terhadap cadangan berkenaan.

‘‘Kita akan tentukan syarat untuk Parlimen Belia seperti menetapkan had umur, mungkin umur perlu di bawah 40 tahun atau 30 tahun,” katanya ketika berucap pada Himpunan Sejuta Belia sempena sambutan Hari Belia Negara 2011 di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menteri-menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin belia dari seluruh negara.

Selain Parlimen Belia, Najib turut mengumumkan lima inisiatif lain yang menguntungkan belia seperti berikut:

* Mewujudkan Taman Belia di Putrajaya bagi menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti orang muda seperti perkhemahan.

* Memperkenalkan portal belia yang memaparkan maklumat aktiviti belia di negara ini.

* Memperkenalkan program Ikon Belia untuk mengenal pasti idola yang boleh menjadi role model kepada kumpulan belia.

* Memperkenalkan My Corps untuk menggalakkan dan memupuk semangat kesukarelaan di kalangan belia.

* Melaksanakan program The Leader yang berkonsepkan mentor-mentee dalam pelbagai bidang termasuk keusahawanan, sektor awam, industri, aktiviti sosial, kreatif dan kerjaya demi kebaikan belia.


sumber : Utusan Online 29/5/2011


SME Bank agih komputer ke luar bandar

JELI 29 Mei — SME Bank bakal mengagihkan sebanyak 490 unit komputer kepada penduduk di beberapa kawasan di enam negeri sebagai tanggungjawab sosial bank itu bagi merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus berkata, selain Jeli di Kelantan, kawasan lain ialah Merlimau, Melaka; Kuang, Selangor; Kubang Pasu, Alor Setar serta Sungai Petani di Kedah; Segamat, Johor, Kota Kinabalu dan Membakut di Sabah.

"Sehingga kini, sebanyak 140 unit komputer telah kita serahkan kepada mereka yang memerlukan sejak program ini dilancarkan tiga bulan lalu.

"Kita akan serahkan komputer ini kepada beberapa perpustakaan desa, sekolah di luar bandar dan pusat komuniti desa yang amat memerlukan komputer sebagai alat pembelajaran serta sumber rujukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan komputer berkenaan untuk kawasan Parlimen Jeli di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, yang juga Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed. — Bernama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat