Wednesday, May 18, 2011

Blog diminta promosi pelancongan negara


Lama sudah tak baca surat khabar. Sangat malas nak pergi kedai nak beli. Before ni selalu baca online aje. But now agak susah nak online kan. Tak baca lah. Just kadang baca dekat library sekolah aje!
Agak tertarik dengan berita dalam akhbar kosmo di bawah " blog diminta promosi pelancongan negara ". agak menarik kan. Nanti-nanti nak share lah cerita menarik kalau ada!
KANGAR 18 Mei - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallullail mencadangkan agar penulis blog membantu mempromosikan industri pelancongan negara dengan memperkenalkan keistimewaan yang terdapat di Malaysia ke mata dunia daripada hanya hanya menghasilkan bahan sensasi semata-mata.
"Saya puji beberapa rakyat Malaysia di luar negara yang aktif mempromosikan negara, walaupun ada antaranya sudah lebih 30 atau 40 tahun berada di sana,” titah baginda di Istana Arau selepas menyaksikan artikel mengenai keunikan Orang Utan dan kelapa sawit Malaysia yang dipaparkan oleh majalah antarabangsa, - Bernama



Tuesday, May 17, 2011

Kuew Tiaw Goreng Doli!~



Hola-hola semua!
hari ni cuti Hari Wesak. Cuti tetap cuti walaupun tak sambut. Cuti masa untuk berjalan! Boleh ke cakap macam tu. Hoho! Manfaatkan cuti yang ada.
Hari ini menghabiskan duit dekat kedai buku POPULAR. Takpe habis duit beli buku. Ilmu tu bukan membazir tak tentu pasal kan. Aku beli buku untuk mengajar student ok! Tapi ada jugak beli novel. Damm! Totally habis RM 64.50 beli buku tadi. banyak jugak wehh!~

After that pegi makan lah. Lapar. Wani kate kalau dah dekat Taiping mesti makan Kuew Tiaw Goreng dekat kedai Doli. Hah! Apa lagi. pergi carik lah. Mahu try rasa sedap ke tak. Ok jumpe kedainya. Aku Order kuew tiaw goreng dengan limau ais. feveret air aku bila minum kat kedai! Yummy! Sedap jugak! Not bad lah. Harga pun Ok lah.
RM 4.00 je kuew tiaw goreng tu plus RM 1.00 air limau ais.



Harga RON95 disemak bulan depan







IPOH: Kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 pada bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Beliau berkata kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

"Mengikut pelan Rasionalisasi Subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember tahun lepas.


"Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun...saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Ipoh Barat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan semasa harga petrol RON95 berikutan harga petrol RON97 kini meningkat kepada RM2.90 seliter





sumber : Metro Online 17/5/2011



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat