Thursday, November 1, 2012

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH




Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. 

Antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus

pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.



Monday, October 29, 2012

MC!





MC hari ini.
Lama tak sakit.Boleh.Sekali kena semua datang. 
Mata bengkak!Sampai demam.
 Doktor diagnos alergic.
Dapat cuti sehari.

Wednesday, October 24, 2012

Surprise katanya!







Cuba baca tajuk entry.Surprise katanya.
Aku memang suka bab-bab mensurprisekan orang. 

Atas itu adalah homemade choc yang dibuat oleh FARIZA FAUZI. ex roomate masa di UPSI.
Jauh aku tempah dari Kedah nak hantar ke Sg Besar.

Ini hadiah sempena ulang tahun pertama butik Raisha, tempat aku kerja hari dulu.
Korang pernah ke hadiahkan coklat kat butik? Bajet macam butik tu makan Choc plak yer?
Saja je nak bagi hadiah kpd owner butik dan staff yang super duper hebat!

Nampak Choc tu cantik kan.
Tapi  abang pos laju telah menterbalikkan kotak dan menyebabkan choc pecah sikit. Terus jadi kurang sempurna! Tapi still sedap!


TQ kepada si pembuat choc, Fariza Fauzi. Sapa berminat boleh PM beliau yer di Facebook.



entry yang berkurun lamanya tak dipublish.sekian!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat