Sunday, May 27, 2012

Apam Mekar untuk kenduri kawin sepupu


#Apam mekar


Semalam cousinku kawin. Jadinya mak nak menyumbang something untuk majlis. Dalam family kami, bila ada majlis/kenduri mesti ada nk sumbang/bawak2 apa.
Dan inilah dia..
Untuk Majlis kawin sepupu.

 Sesiapa berminat boleh order.jangan malu-malu yer.Erk!







Saturday, May 26, 2012

Peserta Masterchef Selebriti

Program realiti MasterChef Selebriti Malaysia ,Astro Ria (saluran 104) akan disertai oleh 16selebriti terkenal tanah air.

Ia menggunakan konsep yang serupa dengan konsep MasterChef Malaysia

Antara selebriti yang bakal terlibat ialah Serina Redzuawan, Siti Sarah, Jehan Miskin, Tomok, Karl Shafek, Datuk Fazley Yaakob, Farouk Hussein, Major. Dr. Faiz, Angah Raja Lawak, Raja Azmi, Soo Wincci, Juliza Adzlizan, Thanuja, Salamiah Hassan dan Louisa Chong.

MasterChef Selebriti Malaysia diinspirasi daripada kejayaan MasterChef Malaysia yang telah berjaya menobatkan Dr Izani Farhana Md Monoto sebagai juara.





















sumber : gambar (FB Masterchef Malaysia)

Thursday, May 24, 2012

1 Malaysia Pad.





Tablet pertama buatan Malaysia kini di pasaran. Namanya 1 Malaysia Pad

Dengan harga pengenalan RM999 
3MP Camera
Adroid OS
7" capacitive touch screen
1 Malaysia Messager

Sapa yang berminat boleh order sekarang
Pre order at : order@maltechpro.com



PUTRAJAYA, 24 Mei — MalTechPro Sdn Bhd hari ini memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali “1 Malaysia Pad” yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.
Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1 Malaysia Messenger.
Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.

“Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G.

“Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing,” katanya.

Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.

Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web (maltechpro.com) atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara. — Bernama


sumber : gambar (maltechpro)/artikal (Bernama)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat