Monday, November 7, 2011

Bersawang blog aku.


blog berhabuk.bersawang. tak menyempat aku nak membuang habuk dan sawang2 tersebut.
ade sapa2 nak tolong bersihkan tak? aku kasi  gaji makan pizza!

Kesibukan tahap di wataraya ni!
Sibuk itu,sibuk ini. Apa yang aku sibukkan?
1) Betulkan tesis
2) siapkan jurnal refleksi
3) siapkan kajian tindakan
4) buat portfolio jualan & transaksi Ebay
5) buat mind map e-commerce
6) kritik jurnal
dan 
lain2 lagi.


banyak kan keje aku. jadi terpaksa la meninggalakn blog buat sementara waktu.
ada masa aku update sikit-sikit
walaupun sikit update la jugek kan daripada takde update langsung!



p/s: walaupun sibuk aku tetap join jadi AJK pelaksana program.siap kena jadi pengurus!ok next entry cite.


:: rindukan blog ::



Friday, November 4, 2011

Pembelajaran Matematik, Sains sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia di sekolah rendah pada 2016






PUTRAJAYA: Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2016, dan untuk Sekolah Menengah pada 2021, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat Kabinet hari ini turut memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah yang sedang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa untuk meneruskannya sehingga ke Tingkatan Lima. 
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran membuat pengumuman itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin memaklumkan bahawa beliau akan membuat penjelasan terperinci pada hari ini mengenai bagaimana kedudukan PPSMI dan bagaimana Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) akan dilaksanakan, khususnya yang berkaitan peralihan berikutan keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI.



Kabinet pada 2009 sudah membuat keputusan yang PPSMI tidak akan diteruskan. - BERNAMA





sumber : mymetro 



Thursday, November 3, 2011

edisi khas : happy birthday ifa!





Quick update!
Curik masa sekejap aje nie.
Ini entry edisi khas sempena birthday kawan baik saya di UPSI merangkap roomate , coursemate dan segala mate lah.
Just wanna wish ....
HAPPY BIRTHDAY Ifa
SEMOGA PANJANG UMUR, DIMURAHKAN REZEKI 
& BERJAYA DALAM APA JE YANG KO BUAT!








P/S: quick update jadi tak boleh tulis panjang2.nanti story pasal macam mana aku celebrate birthday dia!
Suprise ok!!lala...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat