Friday, January 21, 2011

:: kami terpilih!! ::


gambar yang aku hantar terpilih!
sila ucap tahniah ok!~ poyos la kau jiha..
mempertaruhkan gambar atas tu~ kenapa? sebab mereka BFF saya. di mana ada saya,di situ ada mereka!
jom la "like" picture kami!
terima kasih tau sapa yang sudi nak like!
nanti aku belanje biskut batik..aku buat sendiri tau!



Huda,Arifah,Jiha,Iqa beary
Di UPSI kami bertemu, mengharungi pahit,manis,masam dan masin bersama-sama.

huda: sifat keanak-anakan yang ceria
arifah: library bergerak yang serba tahu
jiha : seorang blogger & sukakan IT.
iqa beary: suka kpd semua jenis berries & benda yang comel dan unik.
 


support kami OK!~


just like picture kami..



1) like page "Eightdesign Boutique"http://www.facebook.com/eightdesigns



2) then like gambar kami






tenkiu~~
=))

Thursday, January 20, 2011

:: tendang datuk sampai mati ::


tendang datuk smpai mati! How dare! Kejam betul. 

SUNGAI PETANI: Seorang warga emas patah tulang rusuk sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas dipukul dan ditendang cucunya sendiri yang naik angin apabila tidak mendapat wang RM100 dimintanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Khamis lalu, Saad Man, 66, didatangi cucu lelakinya berusia 22 tahun di rumahnya di Kampung Alor Nibong, Kota Kuala Muda, di sini dan meminta wang RM100.

Sumber polis berkata, apabila Saad enggan memenuhi permintaannya, suspek memukul mangsa sebelum keluar dari rumah berkenaan.
“Bimbang cucunya bertindak liar, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Kuala Muda. Bagaimanapun, tindakan itu menyebabkan cucunya bertambah marah.

“Sebaik tiba di rumah selepas membuat laporan polis, cucunya terus menendang dan memukul mangsa berkali-kali di luar rumah.

“Akibat serangan cucunya itu, mangsa jatuh dan mengalami kecederaan parah. Cucunya melarikan diri selepas menyedari perbuatannya dilihat jiran, apatah lagi apabila melihat datuknya tidak sedarkan diri.

“Mangsa dihantar jirannya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa yang cedera di beberapa bahagian badan dan patah tulang rusuk meninggal dunia selepas dua hari menerima rawatan di HSAH,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan polis sudah menahan suspek beberapa hari lalu.

“Dia kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya


sumber: metro

::379::


~379~
aku no 379 dalam gegar blog yang dibuat oleh Ben Ashaari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat