Friday, December 3, 2010

l-l Bas Untuk Wanita l-l



Bas untuk wanita dah ade.Khas untuk wanita /perempuan.Bas Rapid KL.Bagus! mungkin rasa lebih selamat nak naik bas lepas ni.Before ni KTM berhad sediakan koc khas untuk wanita " ladies koc"-..

Petikan Akhbar Kosmo!



Khidmat bas untuk wanita dapat sambutan



KUALA LUMPUR - Percubaan perkhidmatan Rapid Bas Wanita yang diperkenalkan oleh Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL), mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada penumpang wanita.
Rata-rata golongan itu mahukan perkhidmatan tersebut diteruskan memandangkan penumpang wanita tidak lagi perlu berhimpit dengan penumpang lelaki terutama pada waktu puncak.
Seorang penumpang, Vidyavaty Mohd. Aris, 34, memberitahu, idea RapidKL mengasingkan penumpang wanita cukup bernas dalam mengutamakan keselamatan setiap penumpang.
"Selepas ini penumpang wanita tidak perlu takut untuk menaiki bas terutama selepas pulang dari pejabat. Ini merupakan kali kedua saya menggunakan perkhidmatan bas wanita dan diharap ia dilanjutkan sehingga pukul 9 malam," katanya.
Kelmarin, RapidKL mengumumkan tempoh percubaan Rapid Bas Wanita sepanjang bulan ini meliputi laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai.
Syarikat berkenaan memulakannya dengan dua sesi perkhidmatan iaitu di sebelah pagi bermula pukul 6.45 dan 7.30. Diikuti pula dengan sebelah petang pada pukul 6 dan 6.45.
Tinjauan Kosmo! di hab Pasar Seni semalam mendapati, masih ramai penumpang lelaki tidak menyedari notis khas 'untuk wanita sahaja' yang ditampal dicermin depan bas.
Menurut Penyelia RapidKL, Ahmad Roslan Abu Bakar, ramai penumpang lelaki masih keliru dengan arahan yang dikeluarkan.

sumber: kosmo


:: chantekk..aku suke ::

chantekk~ aku suke...
ntah mengape aku suke pun tak tau~ boleh pulak macam tue!


cerita bermula bila satu pagi aku bukak blog aku.hari2 aku memang akan bukak lah..boleh demam kalau aku tak bukak tau!~bila bukak aku akan check sape yang mengupdate! komen-komen yang masuk & check shoutmix chat box aku..tiap hari mesti ade yang tinggalkan wasiat kat situ!
sekali aku tengok ade satu message. bunyi nye camni.. 

syafiq: hai ,, kamu salah seorang pilihan blogger saya.. nak tahu pilihan ape?? meh singgah!!!

excited terus aku! terus ku klik name syafiq tu..pilihan ape yang dia buat? tertanya2.nerves pun ade ( eh perlu ke)

owh! kate2 ku dalam shoutbox memberi motivasi dan inspirasi~
bangga seh!!! kat situ siap syafiq buat ala-ala macam banner kot 
terima kasih yer syafiq!
korang boleh tengok kat blog syafiq OK [ klik sini ]


:: sebagai bukti::

Thursday, December 2, 2010

:: Bila Si Dia Bertanya ::


abg Ben memang rajin! Saya belum dapat capai tahap kerajinan macam abg Ben..
sehari Post Entry begitu banyak
lepas tue rajin buat segmen2 yang menarik yang dapat bantu mempromosikan blog lain!
bagus~


seperti biase lah kena jawab soalan 2 yang diberi
abg BEN! boleh tak kalau saya tak nak jawab!
heyy jiha!! ko tak usah mengade-ngade yer!~

ok jom jawab soalan-soalannyer~Adehh..final exam dah habis ..jawab soalan blogger pulak~


  • Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog ?
  • ape yg perlu ade dalam sesebuah blog??..entry yg menarik!yg menarik.dapat bagi maklumat. ha yang penting blog nye di update OK!at least 3 hari sekali la kot~



  • Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?
  • saya promosi blog di papan-papan iklan yang besar-besar tue! ade nampak tak? of kos korang tak nampak sbb tue hanya dalam mimpi aku aje!~haha~
  • biasenye aku akan link kan dekat facebook a.k.a muke buku! Twitter~ping dekat gengblogger yang femes tue~lagi satu ping dekat SelangorBlogger [ hidup selangor]!!join contest@ segmen,& tinggalkan jejak kat blog-blog jiran tetangga.
  • alamak lagi satu lupe pulak..gune YM..kalu korang add YM aku akan ade di situ status  if aku update blog!




  • Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk ? dan kenapa ?
blog yang yang aku alergic! yg banyak sangat gadjet tu..aku nak masuk page dia pun loding berminit-minit tau~



  • Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian   anda ?
  • perkara pertama aku tengok sudah tentu lah entry nye!~
  • kalu aku tgk entrynye x di update2 automaticly aku belah dari situ [ haha! how dare u  jiha! jahatnye kau!]
  • aku lagi suke kalu entrynye ade gambar-gambar..
  • lagi satu aku tengok kat bahagian Followers! motif ko tgk situ yer..mestilah.aku memang sgt jeles kalu tengok blog yg ramai sangat follower tu




  • Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?
  • heh! tak payah di kisah kan diorang-diorang tue! blog kite suke hati kite la kan~!
  • Biarkan aje..as long as kite happy!~
  • teruskan dengan blog2 kamu semua tue~jangan mudah mengalah!



  • Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda ..
blog yang menarik entry nye!~simple! tak skema mata~
alah yg best2 lah~



OK ! DONE!
eh korang bila lagi??
nak join klik sini yer [ Blog abg Ben ]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat