Wednesday, April 27, 2016

4 month




happy anniversary yg ke 4 bulan en tunang syg.




Saturday, April 16, 2016

Setahun


Setahun.
Genap lah hari ini setahun berkawan di facebook dengan en tunang.
Setahun yg lalu en tunang add sy di fb.
Sebelum approve tengok mutual friend dgn sapa. Tengok2 iqa beary. 
Kawan Iqa rupanya.Then i klik approve. Selalu jugak nampak like dan komen kat fb iqa. Dengan confident rasa kawan iqa ni.



Dan tak sangka now we are engaged and soon Insyallah getting married end of year.
Doakan yang baik-baik utk kami.



Thursday, April 14, 2016

suprise katanya..


yeahhhh...dah sampai.
T.kasih encik tunang. 
Suprise yang terkantoi. Kahkah.

Tahun lepas..masa belum bergelar tunang kepada encik tunang saya... sy telah mensuprisekan beliau dengan mengepos satu frame yg ada nama beliau.. dengan tulisan dengan  warna feveret beliau. eh warna feveret sy jugak tu.

Hihi. Boleh rasa encik tunang nak pos something. Iyelah. Tanya alamat bagai. Takkan lah saja2. mesti ada sesuatu tu kan. Haha.
Dengan tanpa sengaja scrool ig simply kufi nampak design nama encik tunang dan tarikh birtday beliau. 18 kali tengok takut salah org. Agak mustahil lah nama sama dan tarikh lahir sama. kan kan.
Kantoi sudahnya.. bila tanya mengaku pulak tu.
Memang ternyata dan tersalah en tunang sy tak pandai sorok apa2 dengan sy.
betul tak en tunang.




btw terima kasih en tunang hadiah kan ini.
Suka...suka sgt.
Terima kasih untuk segala2nya.




Sunday, April 10, 2016

28.



28.
Alhamdulilah. Masih diberi peluang untuk melihat dunia
Bertambah satu angka. Daripada 27 ke 28.
Tua dah ko jiha..
Umur hanya angka bak kata geng pencinta camera.
Haha


Alhamdulilah. 
genap 28 tahun dah ada en tunang yang sentiasa syg sy.
sentiasa ada nak dengar membebel.
sentiasa ada di sisi walaupun duduk jauh.
=)





Saturday, April 9, 2016

Kelebihan dan fadilat bulan Rejab

Salam 1 Rejab.





Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do’anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur’an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
“Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau”.(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA’ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA’ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA’ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.



Sumber : cahaya purnama

Friday, April 8, 2016

Rosy Brown


Rosy brown.
Tiba2 in love dengan colour tu.

Nak pilih warna untuk baju family seminggu fikir. 
dari hijau ke purple ke peach
last2 pilih rosy brown 






cantik kan 
=)

Wednesday, April 6, 2016

Salahkan???



again.
again.
again and again.

Salahkan sekiranya aku buat kerja aku.
Membetulkan mana yang salah. 
Mendidik dari sudut pandangan mata yang rasanya dah cerah.
Menegur yang salah pun dianggap salah.
Kau ada kisah dengan anak bangsa kau tak? Mungkin...diriku ini tak layan nak mendidik di sini. 
Iyelah. Orang Semenanjung. Orang luar. 
Sekurang-kurangnya aku peduli, ambil tahu... bukan sekadar memberikan komen, menyalahkan kerja orang dan bla bla.
Ikut kan hati nak dibiar aja. Tapi atas rasa tanggungjawab buat juga. 



Adakah perlu selepas ini buat-buat tak nampak apa yang salah.
Boleh buat begitu.
Tapi aku bukan orang seperti itu.


Cukuplah pengalaman untuk ini.




Tuesday, April 5, 2016

Day 1


Mula kembali setelah ke laut china selatan makan makanan terlarang
Ini bukan diet atskin. 
Tapi diet dgn cara tak makan nasi dan adik beradik yang berkarbohidrat tinggi.
Belum mampu untuk buat seperti atskin. Atskin tak boleh amk gula, tak boleh amik sos. alahai cm belum mampu lg tu tinggalkan sos.


Day 1

Breakfast makan kuih dan air green tea
Lunch dan malam makan menu sama... ayam goreng kunyit campur kacang panjang.



Resepi ayam goreng kunyit versi campak-campak jiha

Bahan-bahan
ayam ( ikut suka banyak mana)
1 biji bwg putih
seinci halia ( hiris halus )
1 biji bwg besar
garam secukup rasa
serbuk kunyit
kacang panjang



Cara-cara 
potong dada ayam ,selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. perap lebih kurang   5 minit.

 Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dada ayam diatas api sederhana besar. kacau dengan kerap supaya tidak hangus dan keras. selepas itu masukan bawang putih dan halia  dan teruskan mengacau.

Bila ayam dah hampir masak masukan bawang besar, kacang panjang, dan cili merah dan kacau selama 1 minit. angkat dan hidangkan.



Friday, April 1, 2016

April




April
Bulan exciting. Agaknya lah

Bulan kelahiran
Bulan be friend with bakal suami.
Bulan untuk mohon Eg Tukar.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat