Thursday, June 27, 2013

Buku Merah!




Wehuu..sudah ada buku merah.Lepas ni boleh holiday oversea!
Over sangat kau.
hari ni buat passport. Jauh tak jauh dekat Jabatan Imigresen Kuala Selangor.
Dengan perasaan penuh confident cakap macam ni "Salam Enci,saya nak buat passport"
Encik : Isi borang ni dan 2 keping gambar.
aku : Isi terus bagi gambar.
Encik : Gambar macam ni tak boleh.Background kena warna putih.Turun bawah ada kedai gambar.
Aku : ok (dalam hati cakap..gambar aku dah cantik senyum semua..alahai)

Turun ke kedai gambar.

Pekerja kedai gambar "Cik senyum tak boleh nampak gigi"
aku " blurr kejap!"

hasilnya gambar aku macam ni dekat passport tu



Baru aku tahu proses buat passport!haha.



Tuesday, June 25, 2013

Aku dipostingkan di Sarawak.





Nampak atas tu SARAWAK. Aku dah update tentang dapat surat posting sarawak sebelum ini.
Ini edisi teknologi.Check online.Hari baru dapat masuk gara-gara tak boleh masuk semalam. Jammed kot! Semua nak bukak kan.

Bukan aku saja.Hampir semua budak kelas posting Sabah dan Sarawak!
Sarawak lebih ramai nampaknya.
Daripada 25 orang. 3 orang kekal interim, sorang selangor.sorang penang dan selebihnya Sabah dan Sarawak. Memang nak bagi pengalaman merantau!
Sejak kecik dekat rumah aje! Sekolah pun sebelah rumah. korang ada?
Masuk Universiti pun dekat.Sempadan aje Sabak Bernam dgn Tg Malim.

Jadi ni nak bagi aku pengalaman merantau kot.Itulah suka sangat cakap nak rasa balik kampung. Suka sgt cakap dekat Encik M nak rasa balik kampung. Memang termakbul terus!

Alhamdulilah.Syukur.Allah memberikan rezeki ini.
Walaupun pada mulanya rasa sangat sedih! Nangis okey!
Tapi lepas fikir-fikirkan ini semua perancangan Allah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Redha dan Terima dengan hati terbuka dan ikhlas. Ikhlas tu penting kan!
Tanamkan dalam diri nak didik anak bangsa tak kira di mana dan nak balas jasa mak abah yang dah banyak sangat2 berkorban untuk aku.




next update lagi yer!Penuh la lepas ni perjalanan seorang guru.
Selamat malam semua!




Saturday, June 22, 2013

pictures of wajah-wajah kesayangan!




Penuh 1 album,20 pages dan 36 pieces of  wajah-wajah kesayangan hamba.
Rindu mereka tengok gambar ajelah ye..sob2.


Masuk dan keluar.



Sila tengok angka2 di atas. Dah faham kenapa dapat ke sana.
Senyum saja.
Bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Rezeki di mana sahaja.
=)

Friday, June 21, 2013

SARAWAK aku datang!!


1 julai yang dinantikan.inilah dia.
Hari jumaat yang penuh barakah aku menerima surat penempatan dari KPM
Tengok aja logo KPM terus bukak.
Sekali tengok..tu dia...SARAWAK ok!
terkesima.terkejut dan segalanya ada.




Syukur alhamdulilah,penantian dan persoalan selama setahun lebih ini terjawab.
Terima dengan hati yang terbuka dan redha.
Allah rancangkan yang terbaik untuk aku.Rezeki aku di sana. Walaupun rasa berat nak tinggalkan mak abah, family, Encik M, encik Canon dan segalanya yang ada!




#Doakan semuanya berjalan lancar.

Thursday, June 20, 2013

Kenapa dan mengapa





Kenapa dan mengapa beberapa hari ini asyik terfikir dekat encik yang seorang itu.
Siap termimpi2 kau.
haishh..



Wednesday, June 19, 2013

1 Julai yang di nanti.





1 JULAI yang dinanti2 kan oleh kami.
Sudah setahun lebih tamat belajar tapi masih belum dipostingkan.
Sabar itu indah. Dan Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami.
Kami diuji dengan macam2 ujian. 


Sinar cahaya ada nampaknya bila senarai nama IV di keluarkan.
Follow je lah segalanya.
Till now dah dapat surat perlantikan walaupun masih belum tahu bila dan di mana akan dipostingkan.
Sabar itu indah kan.
Jadi tunggu saja. 


Hai la 1 Julai! Cepatlah datang ye. Dan sila bagi berita gembira.

Tuesday, June 18, 2013

Voucher Pizza Hut


voucher lagi!!



Sapa yang nak voucher ini sila emel ke fantasticlife_19@yahoo.com.my
Nanti ak send by emel.
Korang just print out and bawak g Pizza Hut


Voucher KFC



Sapa suka makan KFC say "i".
Mari2...aku nak bagi voucher percuma KFC ni.
Lihat gambar di bawah.


Sapa yang nak voucher ini sila emel ke fantasticlife_19@yahoo.com.my
Nanti ak send by emel.
Korang just print out and bawak g KFC..

Monday, June 17, 2013

Mendesign lagi!


Mendesign lagi.Mendesign sangatlah kan.
Bos suruh buat weh.Kena buat!
Gigihkan diri mengadap PS.



Dan setelah beberapa jam inilah hasilnya.
Seriusly aku ni tak pandai nak buat. Tapi usahakan jugak.
Usaha tangga kejayaan!




Adakah daku berjaya?



Saturday, June 15, 2013

Makan2.Minum2.Sembang2.




Talent hari ini Cik Ain. 
Talent bergambar dengan brownies!

Aktiviti hari ini adalah makan2,minum2 dan sembang2 bersama kawan sekolah rendah.
Lepak BNO.Bunyi macam ramai yang nak datang.Sekali tengok 5 orang aje.
Snap gambar 2-3 kepinglah.
Petang itu tak cantik.Langit yang membiru takde.Putih je.Memang takde mood la nak mengambil gambar.

Ini je yang ada.Kami 5 orang!



Thursday, June 13, 2013

Original Coconut Shake



Mood review! 
Lama sangat-sangat nak mereview pasal makanan,minuman dan restoren.
Dulukala selalu jalan-jalan carik makan dengan BFF.sekarang BFF,Sorang nun di utara.Sorang nun di Selatan.Aku di tengah2.

Inilah dia Original Coconut Shake atau bahasa melayunya kelapa goyang.
Selama ni lalu dari jauh tak perasan pun jual Coconut Shake.
Sampailah tuan empunya perniagaan add diriku dan mempromote Coconat Shake ini.

Jadinya trylah.Ok! Sedap.Memang heaven minum di kala tengahari.Sejuk tekak uols.

Lokasi ada dua. Dekat Sg Besar dan BNO
Sg Besar berhampiran dengan petronas.
BNO pun berhampiran dengan petronas jugak rasanya.
Inilah rupa gerainya!
Sila lah try!



ini gambar masa pertama kali minum.
Disebabkan kehausan dan kepenatan pg shoot outdoor wedding.
Tak ingat nak ambik gambar.Dah minum baru tersedar.




Beginilah rupanya Coconut Shake!
Ini special.Ada ice cream.Kalau biasa takde ice cream.

gambar kredit kpd Fb owner


Harga Coconut Shake
[1] Biasa - RM2.00 (takde ice cream)
[2] Special -RM2.50 (macam gambar atas tu.ada ice cream perisa vanila)



Sila mencuba!



Tuesday, June 11, 2013

Cover picture lagi.





Seronok pulak rasanya menggunakan PS.
Mendesign cover untuk bekas CD. Mendesign sangatkan! Ini untuk Kak Sab. 
Last week follow kak sab shoot wedding arif dan hani.Nak belajar katanya. Kena praktikal.Baca teori memang tak pandai2.

Ini hasilnya.Cantik tak?Cakaplah cantik!




Ok.Praktis lagi sampai berjaya.Usaha tangga kejayaan.

#aku tak kreatif sebenarnya!

Monday, June 10, 2013

Cover picture.



Cantik tak gambar bawah ni.
Kalau cantik angguk,kalau tak cantik geleng.(eh macam nampak pulaknya kan.)


 [cover 1]

[cover 2]

Jujur dan sejujurnya nak bagitahu aku memang tak pandai nak mengedit gambar atau mendesign2 ni.
Rare sungguh. 
Gambar yang shoot selalu pun terangkan sikit kalau gelap,gelapkan sikit kalau cerah. Tak pandai aku. Belum pergi menuntut ilmu dengan sifu.

Maaf ye pengantin.Kalau tak berapa nak cantik.Semalaman baru siap okeh.
Lama tak guna PS gitu lah gayanga.nak potong gambar serta mencleankan background tu yg rumit,Belum biasa katanya.

Oklah try buat. Nanti lama-lama pandai.
Sapa terrer photoshop tolonglah ajar daku yang lemah ini.



Sunday, June 9, 2013

Tempat sama,Angle dah nak sama.



Tengok gambar ini.


Dan ini.




Sama tak.Dah nak sama kan.tiang senget!

Akhirnya berjaya juga diri sendiri bergambar nun di sana. Dengan awan yang biru.
Giler gigih pergi sana pukul 2.00++ nak shoot tempat itu jugak.Nak dapat macam gambar yg ohsem tu punya pasal.
Orang2 yang ada di situ tengok aku dengan kawan aku pelik je.Macam takde keje.G semak2.Lepas tu panjang.

Tak kisahlah nak cakap apa. Janji dapat kepuasan itu.Heaven giler ok.




Saturday, June 8, 2013

Usaha tangga kejayaan



Friday, June 7, 2013

Ohsem macam ni.




wohoo..sapa sanggup.
aku tidak..

Wednesday, June 5, 2013

Suka sangat!






entah mengapa aku sangat suka gambar ini.walaupun xnampak muka dengan jelasnya.
Tapi aku suka gambar ini.
sweet sungguh rasanya!
tak upadate lagi cerita ke Broga Hill.oh lupa.
Dah berkurun punya cerita.

Tuesday, June 4, 2013

Tempat sama,angle berbeza.



sumber gambar : shutterholic 



Tengok dua gambar di atas. apa yang ada nampak dan boleh kata.
Aku nak kata.Tempat yang sama.angle yang berbeza.hasilnya sudah pasti tak sama!
Ohsem tengok gambar atas tu malam semalam..Memang berani mati la panjat tinggi2 (berkata-kata sendiri di dalam hati).
Pagi tadi kak sabrina ajak g tempat tu! Dengan perasaan teruja nak pergi ok. Dengan tak bawak camera.bawak diri saja.Melawat kawasan katanya!

Takde tinggi mana pun.Tapi aku gayat td!Mengapakah?
Memang angle shutterholic tu cun.menampakkan macam pengantin itu panjat sangat tinggi.Macam dekat dengan awan.

Dengan berbekalkan camera NIKON kak sabrina yang aku memang tak pandai guna.aku snap aje.Seriusly BLUR.Aku tak tau nak adjust shutter/aperture..tak tau mana button nak tekan.Aku kan CANON user!
Memang FAIL pakai nikon.
Atas itulah hasil aku menggunakan nikon tadi.Takde kepuasan langsung aku kata!
Nak pergi lagi next saturday! Sapa nak jd talent boleh la PM.Free aku ambik gambar kau.





Monday, June 3, 2013

Akhirnya memiliki..



Wehuu..Akhirnya dapat memiliki tshirt dengan ada nama sendiri.
ok bai.

it's monday!




it's monday yoo!
nampak no aku tu berapa? 2175.
dan sekarang baru 2142
tak macam jauh lagi nak sampai.
Bertapa lebih 30 minit dalam bank tadi.
Isnin oi.yang pandai sangat nak berurusan hari isnin kenapa. Kan dah tau hari isnin ramai orang pergi bank.
nasib!terpaksa tadi.gara-gara tak boleh nak masuk duit guna CDM.



Sunday, June 2, 2013

Belajar dan belajar




Belajar dan terus belajar agar kite lebih baik.
Hari ni berpeluang ikut sorang kawan cover majlis tandang.Dia OP.aku join aja.saja tengok macamana seorang photographer cover majlis ni.
Cari experience katanya.Kot2 ada orang nak upah aku jadi photographer kan.Ade ke?
Belajar sampai pandai baru boleh beri perkhidmatan kepada orang lain.
Start dari bawah yer.jadi assistant dulu pun cukup.Pengalaman katanya kan.

ini antara gambar.cukup 2 aje.later update in another blog okey!





more about my picture will be update in Jiha Pictures.
jemput melawat yer!




Saturday, June 1, 2013

oh JUNE



sampai sudah bulan JUNE.
Masa sangat pantas ye.
Seperti biasa..setiap awal bulan aku akan buat entry dan berazam dengan kuat lagi tekad untuk mengupdate blog setiap hari walaupun hanya dengan beberapa baris ayat. Sampai bulan MEI macam gagal capai target.
Kekurangan masa katanya! Tapi realiti adalah hencik "M" tu datang dan memang aku agak kebizian dengan hal rumah dan tangga okey.

Hope so this JUNE aku berjaya.
Doakan yer!


#happy blogging uols.
rerajinlah lawat blog i ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat