Sunday, March 31, 2013

Hari terakhir di bulan mac 2013



Perasan kah anda hari ini hari terakhir di bulan Mac tahun 2013.
Dan perasankah anda yang blog aku tak berUPDATE sekian lama.
Kesian blog ini. Tuan blog ketiadaan masa nak menaip!
Ketiadaan masa lah sangatnya.
Sebenarnya, mood berblog telah terbang membawa diri ke Istanbul.
Boleh?


Selamat tinggal MAC 2013.
Selamat Datang APRIL 2013.
Oh April lah! Bulan kelahiranku.


#Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya. AMIN.

Monday, March 18, 2013

Hari ini dalam sejarah.



18 Mac 2013
#Hari ini dalam SEJARAH.



Menjadi satu sejarah bila aku membuat keputusan Berani mati macam ni hokey.
Walaupun terpaksa mengecewakan someone tapi I feel free selepas keputusan dibuat.
No keserabutan kepala.kepeningan kepala dan segalanya lah.
Mungkin ada perancangan yang lebih baik buat aku dan dia.
Kena percaya tu. I believe dgn Allah.

Tuesday, March 12, 2013

Kursus Lanjutan Adobe Photoshop


Kursus lagi.
Pembelajaran sepanjang hayat kan.
So carik ilmu selagi boleh. dan kali ni mendaftarkan diri ke Kursus Lanjutan Adobe Photoshop.
Lanjutan yer! Aku memang suka join kursus terus lanjutan. Asasnya tak payah. 

Makanya berkampung dekat ILDAS 3 hari.

Sunday, March 10, 2013

Percubaan pertama membuat Cream Puff


Percubaan pertama membuat Cream Puff..
Tak puas makan beli dengan kak miza hari tu.
Makanya gigih kan diri mencuba.
Dan inilah hasilnya.
Pertama kali jd memamg rupa tak berapa nak cantik.







Sedap ok!
Tapi puff dengan cream macam tak jadi sangat.
Next try lagi. Praktis make perfect kan.
Next i share resepi yer!









Saturday, March 9, 2013

Walimatul Urus Ex SKBT38 lagi




 Walimatul urus Ex SKBT38 lagi.
Kali ni 2 hari berturut-turut iaitu 23 dan 24 mac tak macam  Marathon ke majlis perkahwinan yang dalam 1 hari ada 5 majlis.

Semua pakat kawin ni. Ko bila jiha?
Sila la tunggu yer! gitu.

23/3/2013 - Walimatul Urus Farhana & Azham


24/3/2013- Walimatul Urus Firdaus 









Thursday, March 7, 2013

Catalyst COLLAGEN






APA ITU COLLAGEN?

Collagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai :
- Perekat dalam badan. Ia memberikan struktur kepada badan,
- Melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkan dengan tulang badan
- Collagen dalam badan kita akan mengalami penyusutan apabila umur kita semakin meningkat kebiasaannya pada tahap 20-an dan ke atas
- Pengambilan supplement collagen perlu diambil dari segi pengambilan makanan yang terdiri dari sumber collagen/supplemen tambahan(catalyst collagen)



KESAN-KESAN PENYUSUTAN KADAR COLLAGEN:

- Kulit mula hilang keanjalan semulajadi&tanda2 awal kedutan mula jelas kelihatan
- Menganggu bahagian badan lain terutamanya dalam penjanaan semula tisu2 lembut
- Kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa
- Menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi


KELEBIHAN dan KESAN Pengambilan Catalyst Collagen

- Mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan
- Memastikan keanjalan dan kesegaran kulit
- Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit
- Mengatasi masalah kulit kusam,berminyak, kering dan berkedut
- Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap&mudah patah
- Menyubur dan menyihatkan rambut agar kelihatan hebat dan berkilau
- Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima
- Menghilangkan parut-parut lama dan kesan jerawat
- Mengurangkan selulit dan memastikan kulit sentiasa cantik
- Minda lebih cergas dan pergerakan tubuh menjadi lebih lancar
- Badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga


Catalyst COLLAGEN  ni ada 15 Sachet. Sehari ambik sekali.
Untuk hasil yang lebih baik amalkan dengan VCO Catalyst


Maklumat tentang VCO Catalyst di sini.



#berminat boleh PM saya di Facebook atau tinggalkan komen di sini.
Best price utk korang yang berminat!

Wednesday, March 6, 2013

Cream Puff yang sedap!





Lapar nak makan ini.Cream Puff ni.
Serius sedap!


Tuesday, March 5, 2013

Video Koprat ILDAS (kumpulan 3)



This is our asigment semasa kursus fotografi lanjutan di ILDAS.
We have to shoot a picture and make a coprate video that show ILDAS.

Monday, March 4, 2013

Kebaikan dan khasiat Virgin Coconut Oil (VCO)



Virgin Coconut Oil atau bahasa Melayu nya minyak kelapa dara.
Banyak khasiatnya. Mostly ramai tak lalu nak minum PURE minyak kelapa dara tu kan.
Boleh amik yang dalam bentuk softgel ni.






Kebaikan-kebaikan VCO:
• menghilangkan parut jerawat & strecthmark
• kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak & juga kering
• melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dr sinaran matahari
• Pengurangan kenaikan jerawat
• Mempercepat penggantian sel-sel mati dgn yg baru
• melambatkan proses penuaan
• mengatasi masalah kerosakan gigi
• melindungi tubuh drpd kanser payudara & kanser rahim
• mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi
• melindungi diri dari serangan osteoporosis
• melegakan pernafasan (mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong)
• membunuh kulat, bacteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan)
• amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita
• melawaskan pembuangan air besar dan kecil
• memperbaiki pencernaan & penyerapan vitamin2
• meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal, mental
• PMS akan teratur
• Mengurangkan berat badan bg seseorang yg ada lebihan lemak sahaja (org kurus sekiranya makan tiada effect, weight tetap maintain)
• Mengurangkan tidur berdengkur



VCO sgt sesuai diambil oleh:
1) Org yg nak cepat jerawat hilang dan tidak meninggalkan parut
2) Org yg mempunyai masalah muka berminyak
3) Org yg ‘kurus sgt’, dgn pengambilan vco, anda akan dapat tubuh yg ideal
4) Org yg berbadan besar n bnyk lemak, kerana vco blh mengurangkan weight.
5) Org yg ada alahan terutama jenis seafood.
6) wanita yg ingin hamil kerana VCO ni membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita
7) wanita yg hamil kerana ibu2 yg mengamalkan vco semasa hamil, insyaALLAH baby tak mudah kena kuning.
Wanita yg menyusu kerana VCO membantu memperbanyakan pengeluaran air susu dan dpt menurunkan berat badan
9) wanita yg mengalami senggugut
10) wanita yg kitaran haidnya tidak teratur
11) org yg mengalami masalah pembuangan air besar atau kecil


Cara Pengambilan VCO :
2 kali sehari.
Sebiji waktu pagi selepas bangun tidur
Sebiji waktu malam sebelum tidur
# Digalakkan minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari.Lebih lagi bagus. Air masak bagus untuk kesihatan.



#berminat boleh PM saya di Facebook atau tinggalkan komen di sini.
Best price utk korang yang berminat!




Sunday, March 3, 2013

Kursus Still Life Photography



Kursus fotografi lagi.
Dari dulu hingga kini memang minat camera.minat tangkap gambar.Eh merakam foto.
tapi sekarang bertambah-tambah minat!
Pergi register kursus sorang2 pun dah tak kisah. Nanti masa kursus kan jumpa ramai orang.

Sabtu: 2 mac 2013 menjoinkan diri Kursus Still Life Photography anjuran Kolej Komuniti Sabak Bernam.


pic credit to en Rosli

Setiap kursus penyampaiannya memang berbeza.
dan itu yang membuatkannya seronok.
Banyak belajar benda-benda baru.
Serius kalau kita minat something mmg akan diusahakan!

Dalam kursus ni belajar tentang Still Life Photography.
lagi best kalau ada lens telephoto dan macro. Maaf ye, i ada kitlens dgn lens 50mm sahaja.
Antara yang dipelajari adalah Waterdrop.Gambar waternya tak ada.dalam camera encik rosli. kitlens agak sukar nak shoot waterdrop!hanya ada gambar behind the scene je lah.


Yang kedua Glass.
Belajar tentang white line dan black line.



Ketiganya Kreativiti





Memang best kursus ni.

#next nak update kursus fotografi yang sebelum ni.tak sempat nak mengarang.bz!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat