Tuesday, January 29, 2013

Birthday Mak saya!




Selamat Hari Lahir kepada mak saya!
Birthday mak 23 januari. Tapi lambat sikit menyambutnya.
Maklum saja anak menantu serta cucu duduk nun di KL sana. Macamlah ramai sangat.
Dengan bangga aku telah mengarahkan kakak dan abg aku balik untuk sambut birthday mak.
suprise kekononnya.Alah padahal mesti mak dah tau.

Ini kek untuk mak. 
Homemade okey.tak beli.buat sendiri.
Moist choc cake.
Kakak buat kek.Adik tulis yang selamat hari lahir. Aku tukang ambik gambar je.







Suprise!
Alah mesti mak tak terkejut.Last year pun lebih kurang macam ni.



Birthday nenek tapi yang sibuk sapa lagi kalau bukan mamat ridha.
Setiap kali birthday orang lain pun birthday dia.
See sibuk nak potong kek!




cucu-cucu nenek potong kek sama2.oh sweettttt!



Dan ini salah satu makanan yg diorder.
yang lain aku tak sempat ambik gambar. Gila lambat servis kali ni.
ikan ni sampai last sekali.kitorang dah makan dulu.Lapar ok!



#Saya happy sebab mak happy.
Dan saya akan happy bila orang yang saya syg happy.
happy blogging!





Monday, January 28, 2013

Basikal untuk budak kecik!





Wehuu! cantikkan basikal ini.
Kejutan untuk si budak kecik mamat radhi.
Nah basikal untuk adik.

#Beli basikal satu aje.Bergaduh sampai 3 orang nak naik.
Alahai.

Saturday, January 26, 2013

Walimatul Urus Mahfuzah & Megat.



26/01/2013 : Majlis perkahwinan Mahfuzah & Megat.
Mahfuzah merupakan sahabat saya sejak sekolah rendah.
Ikut plan nak ke majlis pukul 12 tengah hari.
Tapi Cik Driver lambat sampai. Lewat bangun agaknya.
Pukul 12.30 baru bergerak ke rumah pengantin.
Pengantin udah sampai hokey!tak dapat ambik gambar pengantin sampai.keciwa di situ.



Cantikkan!
Megat dan Mahfuzah.

Time-time majlis perkahwinan kawan-kawan lah nak berjumpa antara satu sama lain.
Ala-ala reunion gitu.
Tak payah bayar venue.free kan.eh2.
Antara yang masa majlis mahfuzah.(lihat gambar di bawah)

Ecah: Fidatul : Ain Daud : Yana : Ain Hamzah

Hilmi: Nazif :Leman : Syamil :Afiq : Nizam : Daus Rahim

Fazilah (Cik Driver): Simah : Nora : Jannah : Syafa : Saya

Sesi bergambar yer.Harus ada gambar dengan pengantin.
Oh aku tak senyum dalam gambar tu.takpelah.


Selepas beramah mesra dengan pengantin.Baliklah.
Dalam perjalanan balik bergambar-gambar lagi.
Gambar dengan pengantin sekeping dua sahaja.Yang lain gambar kami-kami je. Biasalah pengantin kan very the busy semasa hari kejadian.so tak payah kacau pengantin.


Betapa bersemangat di tempat Guest book. 






Model bas yg terbaru!



Ok.Nampak kan gambar kami-kami lebih banyak.

Nway, Tahniah Mahfuzah dan Pasangannya Megat.
Selamat Pengantin Baru Korang.
Semoga berbahagia till Jannah. Amin.






Friday, January 25, 2013

Agar-Agar Kacang Merah.



Tekak terasa nak makan agar-agar kacang merah.
Makanya gigihkan diri sendiri untuk buat.
Tara! Inilah dia.
1st trial resepi ini.Jadi.Rasa sedap.Tapi kondisinya agak melting di bahagian atas.
Takpe. Next time cuba lagi.
Practise make perfect kan.
Eceh.Nanti aku kongsikan resepi.


Kecik hati.




Kecik Hati.
Kecik Hati.
Kecik Hati.
Dan Kecik Hati.


Ini serius dan tak main2.


okey.Bai!

Thursday, January 24, 2013

Koleksi!






Sapa ada kamera macam dalam gambar di atas. 
Angkat tangan laju-laju.

Ini namanya koleksi camera. orang lain kumpul setem, duit syiling, paper beg.
Tapi aku kumpul camera! 


Next la i update pasal segala camera yg di atas itu.
Dari zaman camera menggunakan kodak hingga DSLR.
**DSLR takde dalam gambar sebab DSLR yang mengambil gambar tersebut.



Wednesday, January 23, 2013

Wordless Wednesday # PTPTN





rabu tak berkata-kata.


Tuesday, January 22, 2013

....







Monday, January 21, 2013

Suprise katanya.



Suprise katanya!
Taraa..Inilah dia.



Untuk Muaz.Sempena birthdaynya 8 januari lepas.
Lambat sungguh i update ye. Baru dapat gambar hokey dr cik yg tolong buatkan.

Nak supriselah kekononya. TAK JADI langsung yer.
Entah kenapa perkhidmatan poslaju ketika itu tak laju.
Delay berapa hari baru sampai ke tangan encik yg dapat.It supposed sampai hr birthday beliau.
Selama ni okey je kalau pos. Kali ni je sengaja nak sabotaj aku!

Sapa berminat boleh la ke page Double F Bakery. Ownernya kawan saya.Ex roomate!
Macam-macam ada. Kek setingkat, kek dua tingkat, apam, coklat, dan macam-macam lagi. g terjah page yer! Belum sempat nak tolong review.





Sunday, January 20, 2013

Outing : Seketika di Bendang




Ini adalah kejadian pada hari yg sama dengan Outing : Seketika di Kg Nelayan.
Selepas Kg Nelayan, terus ke Bendang!
Kau pernah pg outing Kg Nelayan & Bendang dengan berbaju kurung tak.
Here we are!

Saya usung Encik Canon saya.
Dan dia usung Encik Nikon.

with her nikon D90.

Bendang tempat aku skrg tengah tuai.
Tak tau nak ke parit berapa. makanya Inaz memandu wiwie nya ke Parit 3 Timur.dan seterusnya ke Parit 4 Barat.

Sebahagian gambar yang ingin dikongsikan.
Sila la tengok!










#Aku dan DSLR

Saturday, January 19, 2013

#Ladybird.



Buat pertama kalinya aku berjaya menSNAP gambar serangga!
Selalu tengok oramg ambik gambar.Cantik giler.
aku yang tak berapa pandai ni gigih nak snap gambar ladybird.
Hanya gambar di bawah ini yang berjaya.
Dengan menggunakan DSLR kesayangan den.dan ilmu yang tak berapa nak ada.=)
Esok-esok try lagilah.






#Aku dan DSLR


Friday, January 18, 2013

Thursday, January 17, 2013

Dapur tiada bumbung!




Nampak gambar di atas.
beginilah rupa rumah mak abah.
Hari ini bumbung bahagian dapur dibukak!
Nak betulkan bumbung.



Wednesday, January 16, 2013

Rahsia Surah Al-Kautsar:






::Rahsia Surah Al-Kautsar::

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.



Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


#selamat beraml semua!

Tuesday, January 15, 2013

Outing : Seketika di Kg Nelayan




Lokasi : Kg Nelayan Sg Besar.
Sebenarnya nak carik jety yang macam para pengantin ambik gambar. Tapi tak jumpe.
Sampai ke hujung jalan Cik driver membawa swift biru.
Last-last park kereta. Shoot sini aje.
Sebahagian gambar adalah seperti di bawah!














Aku & DSLR.
Sapa suka ambik gambar cepat komen!
happy blogging.




Monday, January 14, 2013

Perasaan.




Sejak akhir-akhir ini terasa diri sangat serabut.
Serius messy giler!
Mengapakah?Kenapalah aku berperasaan macam ni.
Adakah ALLAH ingin menguji diriku?
Ya ALLAH berikanlah aku petunjuk. Bantulah hambamu ini.




Sunday, January 13, 2013

Sempurna.




Carilah kesempurnaan dan kamu hanya akan menemui kehampaan, kerana tiada manusia biasa yang dilahirkan tanpa keburukan dan kelemahan. 

Saat kau memilih seseorang kerana kelebihannya bermakna kelemahannya masih terlindung dan tika kau menemui itu kau nescaya akan dirundung kesedihan. Tetapi, jika kau tahu kelemahannya dan dapat menerima dengan lapang, disaat kau nampak kelebihannya kau akan dikalung kebahagiaan kerana memiliki dia sebagai teman :)


sumber:PDH

Saturday, January 12, 2013

Walimatul Urus UmieFirdaus.


Sabtu, 12/01/2013.
Walimatulurus Umie dan Firdaus. Kawan sekolah menengah.
Tak plan langsung nak pergi. On the spot di ajak oleh Biskut Lemau @ Inazatul Ain.Tibe2 ajak pergi.
I pun okey lah. 
Lokasi kenduri Kg Lubuk Pusing. Guess what cik driver tak tahu kat mana.OMG.Nasib aku tererrr bab jalan.eh2!

Berbekalkan peta yang Syamila ada. We all sampai! (eh kata tererr bab jalan jiha?).



Jumpe mereka masa nak masuk ke rumah pengantin.



bergambar bersama pengantin


Dan inilah pengantinnya, umi dan firdaus.


dan yang terakhir gambar we all tumpang pelamin!






Selamat pengantin baru buat umi dan suami.
Semoga berbahagia!




Wednesday, January 9, 2013

Alahai pos laju!




Alahai pos laju.
Selama ni service ok je.
Kenapa la time nak buat suprise katanya ni buat hal!
Sepatutnya sampai sehari aje.
Tapi cuba korang tengok gambar atas.Selepas 2 hari baru barang sampai PPL Batu Caves!
lori yang bawak barang tu rosak ke apa!Oh.kecewa!



Tuesday, January 8, 2013

Terkejutnya saya!




8hb januari 2013.
Kekononnya aku nak menSURPRISEkan orang.Sekalinya aku yang terSURPRISE.
Terus tidak terkata. 
Oh.apakah.
Kalaulah ianya berlaku beberapa tahun yang lalu mesti different feelingnya.
Ok sekian!




Selamat berblog semua!

Yakin dengan ALLAH




yang dikagumi terkadang tidak mengerti 
yang dirindukan terkadang tidak tahu 
yang dicintai terkadang tidak merasa 
yang diinginkan terkadang tidak sejalan
dan yang tidak disangka terkadang terjadi 

AKU YAKIN RENCANA ALLAH SWT INDAH PADA MASANYA..
Dan ALLAH adalah sebaik-baik perancangNya.

Monday, January 7, 2013

Keputusan Anugerah Juara Lagu 27


Keputusan Anugerah Juara Lagu 27.
12 buah lagu dipertandingkan. 


keputusan AJL 2013

Senarai 12 Lagu dalam AJL 27

1. Bedroom Sanctuary – Lagu
2. Black feat. RJ – Teman Pengganti
3. Shila Amzah – Patah Seribu
4. Azlan ATT – Idola
5. Stacy – Pelangi Senja
6. Hafiz & Adira – Ombak Rindu
7. Amir Jahari – Tanpamu
8. Hafiz – Ku Akui
9. Aizat Amdan – Terukir Di Bintang
10. MOJO – Andai Ku Bercinta Lagi
11. Hazama feat. Amy Search – Simetri
12. Jimmy Palikat feat. One Nation Emcee – Anak Kampung


Keputusan Anugerah Juara Lagu 2013 (AJL 27)

Persembahan Terbaik: Black feat. RJ – Teman Pengganti
Vokal Terbaik: Hafiz – Ku Akui
Lagu Tempat Ketiga : Hafiz – Ku Akui
Naib Juara: Azlan ATT – Idola
Juara : Aizat Amdan – Terukir Di Bintang





Sapa yang tak tengok AJL 27 semalam boleh tgk disini.
To me Aizat sgt awesome!



sumber gambar : Paradigmastudio Model Management
sumber video: youtube
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat