Saturday, July 31, 2010

l-l khas buat SYERA KAMARUDDIN l-l


entry ini di tujukan khas buat my lovely housemate
SYERA KAMARUDDIN

knp ye??
sbbnya dia xbagi saya bace blog dia yg sgt berharga tu..
dia buat blog tp xnk bg kami bace..
dia kate blog dia "cite2 biase"
puas pujuk mintak link blog dia tp xjugak dapat

so
start misi ak carik blog dia
lastly jumpe jugak 'sharing is caring'= syiekamaruddin.blogspot.com

tanpa pengetahuan dia..ak sebenarnya berjaya jumpe.
YES!! dgn bangga blh bace blog syera!!
oh!!..blog dia cite pasal diri dia


tibe2 1 hari, jumaat kot..
dah xblh tgk a.k.a bace blog dia
dia sudah memprivatekan blog dia
errrrrrr!!!!!!!!!!!!!!

syera knp la ko nk rahsiakan blog ko tuh!!
haish!









Wednesday, July 28, 2010

l-l alamat mimpi l-l

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.”
(Muslim)

Huraian
Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha. Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail, "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102). Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas. Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub,"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku." (Yusuf: 4). Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak. Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.

l-l 3 amalan yang berkat l-l



Hadith :
Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”





Huraian
Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk(neraka).



sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Tuesday, July 27, 2010

l-l Confused - Ila Damiaa ft. Maleck Xpemedo (EXCLUSIVE) l-l

Maher Zain - Open Your Eyes | ماهر زين - فتح عينيك

l-l submit!!! l-l



mggu kedua dah submit asigment!!
mcm tak caye jerk..
KAMI mmg hebat

mahu bercerita mengenai asigment pertama bagi Perakaunan Dalam Organisasi Pendidikan
atau nama timang-timanagannya "POP"
bukan saya kate, iqa beary ataupun sape2
tp
En Ibrahim Tamby Chek, lecture ak yg cakap
so
layan je lah!!

paper ni xde final exam
tp still lg ade test
byk kt testnya..
dah la bab akaun ni sgt2 ak "suke"


asigment pertama dah submit
seterusnya
assigment kedua..



p/s: ni gambar time nk hantar assigmnet!!
bukti OK!!




Monday, July 26, 2010

l-l apabila terlebih feeling l-l



terlebih feeling..

oh NO!!!!
tidak..
sangat2 xsuke cmnie..


l-l Ada Hikmahnya l-l

artikal ni di ambil drpd I Luv Islam

Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu, "Kami simpati atas kehilangan kuda kesayangan Tok.Tentu Tok sedih.."

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah.Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah.Untung." Begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi.Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.

"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah.Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka,"Mesti ada hikmahnya."

Pengajaran:

Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah.

l-l sudah berwajah baru l-l

teknologi..
cepat sgt berubah..
daripada window 98,window XP,window Vista n window 7.
ade ke window 8??..macam ak penah dgr..ade sape2 tahu x..

sejak pandai gune computer ( bile ye ..dah tak ingat )
gune XP aje..
bagi ak XP la terbaik..
sebabnya
sepanjang ak gune xpernah ade problem pn.
OK aje
( itu ak la.. sbb agak advance n bijak gune computer kot)..
wakakaka...saje nk m'bangge diri kejap..


tbe2 j bercerita kisah silam plak
sebenarnya nk story pasal laptop ak yg kne serang dgn virus ape ntah..
haish!!
virus2!!
SPOIL btol..
disebabkan kne serang dgn virus yg ak xapasti ape namanya
maka
ak terpaksa FORMAT laptop kesayangan ak ni..
nasib baik buat hal after ak submit asgment akaun yg pertama itu.
kalu tak mau menangis air mate darah kot ( ish2...)

Ok!
da format!
da tukar daripada Window XP ke Window 7
alang2 angah (org yg membetulkan laptop ak) kate blh tukar window 7
so tukar la..

laptopku sudah berrwajah baru!
Window 7 cantik sket
start today pakai window 7









l-l YES!!..lega l-l


YES!!!!

lega sudah
report Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) da siap
last week dah hantar..
selamat ku hantar kt pej FPE
sepatutnya kena hantar kt Supervisor ak..
iaitu Dr Nek Kamal
tp
Dr xde plak..
SO
hantar kt ofis FPE aje.

lega rase!!
da hantar.

Wednesday, July 21, 2010

l-l 3 kali dalam mase 3 jam l-l

entri kali ni berkaitan dengan makmal E-Jurnal
kenapa title di atas tu l-l 3kali dalam masa 3 jam l-l......sape tahu?? sila angkat tangan!!~ganjaran akan di beri oleh cik iqa beary ( uppss!! gune name tanpa kebenaran dia)...

dah lame rasenya x jejak kaki ke makmal e-jurnal tuh...last pg mase sem 2...see!! betapa rajinnya ak kan...selame ni menggunakan segalanya di hujung jari..cari jurnal kt kolej je gne lappy sendiri..TP aritu tbe2 mengada2 xblh bukak la e-jurnal tu..menyebabkan ak dan P.A2 ak yang tak bertauliah tu jejak kaki kt Makmal E-jurnal..mmg trus catat rekod btol ..pg 3 kali dalam mase 3 jam!!~ penah k korg buat?..msti tak kn!!...nasib baik yg jage kaunter makmal time tu 3 org yang berbeza2..kalu tak, tak macam malu aka segan kot!...

ni sume pasal nk cari jurnal untuk EDU 3046, Pengajaran,teknologi dan penaksiran 1. paper yg paling banyak jam kredit!!~6 jam kredit !..

Tuesday, July 20, 2010

l-l kau laksana bulan l-l

Monday, July 19, 2010

l-l isnin oh isnin l-l


sem 5 klas banyak pg
isnin
selasa
jumaat
start seawl 8 pg
rabu start kul 10
khamis klas pkul 4 semata2 1 klas jerk!

sem lepas baru je berbangga xde class pg2 sgt
amik sem ni!!~..
sume pn pg

selase jadual pack giler2
start 8pg abs 5ptg
TP
isnin lg trok rasenya even kelas 2 jam je
bukan sbb ape..
nk tggu BAS je..

1st week
sampai bawah je terkejut trus!!~
mak ai...panjangnye..
dah mcm ape je..
sejak sem 1 tak penah panjang camni selain time MSK dulu..
tu trun pkul 7.20
elok2 slalu sampe klas awl
tp isnin 1st week tu jd lewat
oh!! lecterer da masuk..
ni gara2 bas lah!!
tp salah sndr jugak..patut turun awl..



l-l 1st week l-l



second week
bertambah2 panjang
even turun awl
pkul 7 tu
tgk kne berbaris sampai dekat2 post guard
ish2..
sadis btol!!~
kne turun pkul 6 lbh agaknya..
ape pn hari isnin memang kne g awl..
tambah2 lg kelas Pn azita...kelas law






Thursday, July 15, 2010

l-l new sem,new spirit l-l


dah start sem baru
sem 5 sudah
cepat btol mase berlalu..
mcm baru semalm j daftar masuk UPSI ni


new sem..
jd perlu ade semangat baru ( btol x sume)
sgt penting tu!!
this sem paper sume agak berat kot
.........................................
BUSINESS LAW...jadi lawyer kejap la nih..
PERUNDINGAN KEUSAHAWANAN....jd pakar runding plak
MATEMATIK PERNIAGAAN
PERAKAUNAN DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN
MULTIMEDIA
PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat