Friday, December 31, 2010

:: selamat tinggal 2010 & selamat datang 2011 ::

Welcome 2011!
hasrat untuk dapat anak buah tahun 2011 tak tercapai sbb anak buah aku dah lahir!~ tak sabar2 dia nak melihat dunia ini. 

selamat tinggal tahun 2010!
tahun 2010 yang memberi seribu satu kenangan dalam hidup aku. Suka dan duka. Suka ke duka yang banyak? Jap2 aku g timbang jap. Boleh ke macam tue?! Dalam kehidupan ini mesti ada suka dan duka! Betul tak semua. tak boleh lari dari kenyataan itu.
tak kisah la mana yang banyak.Suka ke duka ke. Semua tu jadikan pengajaran agar kite jadi lebih baik dan lebih baik dari sebelumnya!
tahun baru! Azam baru OK!




:: aku nak bersedih sekejap ::


aku nak bersedih sekejap!
nak nangis pun yer jugak!!
akhir tahun 2010 yang buat aku sedikit sedih..

p/s: setiap yang berlaku tu ade hikmahnya!

:: hari terakhir tahun 2010 ::

31 disember 2010!
tarikh yang bakal meninggalkan kite..
ade pape yang interesting tak...
tggu & lihat 

Thursday, December 30, 2010

:: 30/12/2010~ 7.24pg!~~ ::



:: ABC yang menggoda! ::



 

ABC yang menggoda!
sedappp weh! murah aje RM3.00

aku dah la batuk + selsema. Siap bawak air masak pergi kedai makan. Order pun air limau suam. Aku order suam tapi air limau mengelagak di baginya! tengok kanan kiri semua dok makan ABC!!~ aku tahan kan jer.Sebab aku batuk! Berpantang minum ais-ais nie! lagi 2,3 hari nak start class kan.so kena jaga kesihatan!Tapi ABC ni memang tetap goda2 aku suh order dia!
 Last-last aku cakap kat abah " tak boleh jadi! nak jugak la. Tak kira la batuk ke tak"

Ha! amik kau! minum lah.Esok sure lagi confem ko batuk makin teruk! mase tu jangan nak bising2 pulak.



:: Kakak aku check in PPUM! ::

kakak aku check in PPUM ptg tadi!
malam ni tido wad!
sah kakak aku bersalin lebih awal dari yang dijangka
cepat plak baby nak keluar ye kak~ tak sabar betul kan!
aku bakal dapat anak buah yang ke empat!
owh! bertambah pening aku nak melayan diorang nanti~

Esok gerak rumah kakak! nak amik cik Raudhah~

Wednesday, December 29, 2010

:: Doakan cousin ku selamat dan cepat sembuh ::



ini cousin saya...Abg Arif
sekarang dia bertarung nyawa kat hospital! Keadaan dia Kritikal. Baru dapat berita ni keadaan agak membimbangkan.
Ya Allah selamatkan Abg Arif!
Dia salah seorang mangsa kebakaran pelantar minyak di Kerteh.

:mohon kepada anda semua sama-sama berdoa semoga abang arif selamat dan cepat sembuh..



:: Segmen Menakalkan Blog :Blog Review By My Nakal ::

segmen ini ditaja oleh mr nakal 
macam best je! Menakalkan blog~
sapa yang berminat nak join sila klik sini untuk maklumat lanjut.





Syara-syarat
1. Hangpa kena tahan mental 

2. Aku akan review sekali dengan tuan blog..hahaa(acah jer)

3. Aku akn review secara jujur..kalau aku rasa boleh di puji aku puji,kalau boleh di kutuk aku kutuk(dah lama x kutuk orang ni..hohoho)

4. Buat kan entri pasai apa hangpa minat di
review oleh aku dalam loghat kedah(tu pun klu blh.klu x blh x pa)..Pas tu tinggalkan url entri hangpa kat komen


aku memang tahan mental. Nak cakap apa cakap la! Komen itu membina. Kadang-kadang kite rasa kite ni betul tapi mungkin ada kesilapan. Jadi komen dan kritikan itu yang dapat membantu kite. EHH! ape kau merapik ni.

kenapa aku minat di review? Alamak kena guna loghat kedah ke. Dengan bangga aku nak mengaku aku tak boleh. Aku anak selangor! Lahir kat selnagor, tinggal kat selangor. loghat kedah tu dgr aku faham la.nak cakap nak tulis.OHH no! tak dapat la den. Aku guna bahasa standard aje lah. SENANG!
sebab apa aku nak direview?
saje! Suka suki~aku nak jugak dengar lebih banyak komen/kritikan/kutukan daripada orang lain terhadap blog aku yang purple itu. Komen itu membina OK! So Mr Nakal, anda boleh la kritik ke kutuk ke.Saya akan menerimanya! Ececeh. 




OK SIAP!




:: SEGMEN Jom Berkenalan by Cikgu Akim ::

JOM Berkenalan
Segmen ini di taja oleh Cikgu Akim
sape2 yang terasa nak join boleh klik sini OK! Untuk maklumat lanjut! Den malas nak taep.




syarat segmen ini

[1] Buat entry bertajuk "Jom Berkenalan"~ DONE~
[2]paste banner segmen ~DONE~ nampak tak kat atas tu
[3] jawap 7 soalan 
nak jawab satu je boleh tak?lalala.
jom la jawab soalan 

status saya
SINGLE

tentang diri saya
nama diberi NUR NAJIHA BINTI MAHFUDZ. call me jiha. From Sabak Bernam. Sape org sabak sila angkat tangan skrg!.Simple person! Suke berkawan. Suke kaler purple.Suke snap picture. Seorang Blogger!. Still study. Will be a teacher 1 day!Now 3rd year student in UPSI. Amik kos Pendidikan Keusahawanan & Perdagangan. 


tentang Blog saya
Ok jom promosi blog!
Itulah blog saya.tema kaler purple. Blog saya hak saya. Saya tulis apa yang saya rasa nak tulis! Ada aku kesah korang nak cakap ape. Yang penting aku happy!~lalala. myself,Mylife,Mystory! Blog aku ade macam-macam cerita. Kisah suka,kisah duka,kisah ketawa tak ingat2,kisah sedih tahap gaban,kisah stress buat asgment,kisah kawan2 aku,kisah family.Haa..macam2 aku tulis. Nak tahu sila baca OK!

Pandangan tentang dunia Blog 
saya baru aje dalam blogging nie! baru ke? setahun jugak lah!bagi aku dunia blog nie BEST! Seronok! Menarik! Macam-macam benda ade!boleh dapat info! boleh sharing-sharing info & macam2 lagi! yg penting Best! aku suka!..Ha lagi satu berblog mendatangkan income jugak.

Nasihat kepada rakan yang baru nak buat blog
kepada mereka yang baru nak menceburkan diri dalam dunia Blog, Jom berblog! teruskan usaha anda semua.Blog ni best tau.Banyak jugak info boleh kite dapat.

Keunikan Blog saya
ape keunikan nye ek?
aku pun tak tau.Korang la nilaikan.
Bagi aku yang uniknya nama "SILENT THINKER" itu.
lepastu aku suker tulis kaler2.
Lagi satu uniknya aku suka berkongsi!
Boleh tak tu dikatakan unik.

sampai bila aku akan menulis dan impian aku
aku akan terus menulis! aku bz pun aku update jugak blog as long as ade wayerless OK!
aku akan menulis dan menulis dan menulis!
blog aku ibarat diary! Kot2 aku hilang ingatan aku tgk blog aku mungkin aku boleh ingat. Tapi kalu dah nama hilang ingatan mesti link blog pun tak ingat kot.
impian?nak femess!!haishh xde la.harap dikenali! traffic blog tinggi tiap hari tiap masa! jadi income nuffnang aku boleh la banyak kan..he3. aku harap dapat kenal lebih ramai blogger! 


[4] tag 4 orang!
sape aku nak tag ni? Jom carik mangsa! sape yang bertuah.JOM!

[5] link kan ~ jap ek~

siap!
t.kasih cikgu akim atas segmen ini!




Tuesday, December 28, 2010

:: Sifat malu mendatangkan kebaikan ::

Tajuk :
Sifat Malu Mendatangkan Kebaikan
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan”. 
 
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim



Huraian
1. Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukan segala keburukan.

2. Sifat malu juga akan meninggikan darjat keimanan orang yang memilikinya.


sumber: JAKIM


500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : Soalan 2 (harian )


SOLAN 2(a)

Jika
http://potpetpotpetcoretcoret.blogspot.com +http://piqasweety.blogspot.com = http://www.jzbusinessworld.com

70+ 104=174

Jika
234 - http://masammaniskelat.blogspot.com  = Mat Gebu 

234 -215 = 19

maka!
renjerkabloi / http://nohfee.blogspot.com = ?

485/5= 97 [ anis farhana ]


SOALAN 2(b)

Berdasarkan blog ini , http://familyamoza.blogspot.com
" Berapa banyak 'handmade wallet' yang telah mama jahit setakat ini. "

saya tak tau! dan saya malas amik tau! Boleh macam tue tak?7 den raso2..Esok2 la interview beliau bapa banyak  handmade wallet dia da buat.~lalala..

:pendapat saya mengenai soalan kedua ini!
huh! sungguh mencabar! Mencabar dan mencabar dan mencabar dan mencabar! Haha...bapa banyak kali mencabar da! wakaka..sengaja aku tulis banyak2. Sebab seyes mencabar.Betul tak kawan2..tengok je soalan memerlukan kemahiran berfikir!.Amik kau keluar semua kemahiran insaniah. Dah macam nak jawab soalan exam korang tau~aku jawab paper akaun pun tak blur macam aku tgk soalan ini tadi.

soaln 2 ni perlu kan 
1)tindakan yang cepat! Sebab yang cepat la yang menang! Cepat dan tepat.
2) kemahiran berfikir sebab camne nak jawab soklan tue
3)kemahiran mengira sebab nak tambah,tolak,darab, bahagi! aku lupe kakulator kat mana lah!
4)menerjah siapakah blog n no2 tersebut!

memang mencabar! Tapi enjoy jugak!Abg Ben mmg kreatif tau! best jugak buat camne!


p/s: tak kisah la menang tak! Janji happy! enjoy yourself yer~


aku rupenya no 200


sila lihat gambar di atas!
wakakaka...
aku no 200 rupenya! Boleh aku tak perasan. Semalam masa aku tgk Bloglist tu macam aku no 198!
mungkin Abg Ben dah edit semula.
Semalam syok sangat shopping sampai tak tengok balik Bloglist tue. tengok2 dah xde! Di invisible kan.Bila nak jawab soalan..naik juling mata kira satu2!



moral of the story: Alert OK!

:: nama saya nur raudhah ::

 nama saya nur raudhah

ha! ni la cik raudhah yang COMEL
yang suke senyum!
yang suke buat lawak!





:: badminton ::


Badminton!
petang tadi aku main dengan adik aku!
oohhh! dah lame tak main. Best-best. Dulu kan hari-hari kami main.
besok main lagi ye adik

:: ini keluarga angkat saya ::


ini keluarga angkat saya masa join Baktisiswa Perdana SRN dekat Kg Sepakat Jaya & Titi Gantung
Keluarga angkat saya keluarga En yusof!
sy tinggal bersama mereka 4 hari 3 malam
dapat 4 orang adik angkat tau!
dapat jugak merasa adik perempuan.maklumla adik aku kan sorang tue aje. Lelaki! 
Rumah Keluarga angkat saya kat Titi Gantung dan bukan Sepakat Jaya
Jadi ayah angkat saya "en yusof" akan hantar saya & ira ke Kg Sepakat Jaya bila ada program

will miss them!
nanti free aku akan ke sana lagi!







Monday, December 27, 2010

:: 500 Blog mencari harta karun ::


500 blog mencari harta karun!
Macam best aje aku tengok! MENCABAR pun ade jugak!
Memang MENCABAR sebab Abg Ben Ashaari dah remove kot list 500 blog tue.
Tak Pe! Aku nak try jugak lah.Kot2 aku berjaya menjawab soalan yang mencabar ni!
Wish me luck!
na join sila klik sini 


SOALAN 1



blog 200 - Cik Puan Ungu A.V.A.I.L [ http://inspirasihatcantik.blogspot.com/ ] [500 Blog ]




SOALAN 2

pendapat saya tentang blog En Roy [ http://www.sisiberbeza.com].

Bagi  saya blog en Roy tu simple!Menggunakan warna putih & grey!saya rasa Sidebar Blog beliau harus disusun~ mungkin about me boleh diletak diatas sekali.so orang boleh tahu tuan punya blog.itu hanya pendapat saya OK! Blog en Roy Simple,simple & simple  tapi bakal menarik perhatian!
Mungkin sebab beliau baru menceburkan diri dalam dunia blog kot. Bila aku telek-telek, tenung-tenung blog en Roy baru berusia sebulan lebih. Tu aku tengok dari 1st entry dia la " MONDAY, NOVEMBER 1,2010 ". Walaupun baru sebulan lebih tapi follower dia dah banyak tau.
En.Roy! teruskan usaha berblog ya! ampun & maaf dipinta kalau2 terlebih2 mengomen~




p/s: naik juling mata aku tau! ha padan muke kau.sape suruh tak save tadi!
Hopefully aku berjaya!
USAHA TANGGA KEJAYAAN ok


:: chantekknye jadual class aku ::





nampak tak picture atas tue? haa..tu jadual class aku untuk semester 6! Ohh..Chantekk betul kan. Banyak waktu free. Banyak la kau punya free. Memang baik bahagian Akademik UPSI kan.

aku cuti khamis, sabtu & ahad
jumaat aku ada class OK! 


Aku ada class pagi2 buta! Automaticly tak boleh tido lepas subuh~ Hey! Kan tak elok tido lepas subuh.
Aku ada class tengari2! Pukul 2. waktu aku ngantok2 kot la. 3 Hari aku ade class pukul 2. Straight 3 jam pulak tu. Sah-sah aku ngantok + bosan!
Aku ada kelas petang dekat-dekat nak maghrib! class ptg giler. Sejam je plak tue




p/s: jangan merungut lah! Bersyukur dengan apa yang ada! Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya!~



:: Semester Registeration ::

semester registeration!
Aku dah SEMESTER 6
pagi tadi start pendaftaran pelajar baru UPSI
now pendaftaran pelajar lama @ senior
daftar online aje..tak payah susah2 nak berbaris daftar

Perhatian kepada semua pelajar UPSI! 
Sila daftar sem cepat..kang lewat kena denda! Tak pasal2 duit melayang bayar denda.

aku baru aje selesai daftar semester untuk semester 6
sila lihat gambar di bawah Ok!


Sunday, December 26, 2010

:: Mengemas! ::

mood hari ni mengemas!
MISI Mengemas!!!

dari pagi sampe ke petang..sampe ke malam jugak ni
pagi mengemas rumah.adik aku memang tak boleh harap la...
petang mengemas almari dan buku-buku
cantik dah almari aku kemas! Buku-buku aku susun elok dah!Sape sepah siap lah. Nasib la barang sapa yang aku buang tadi. Banyak sangat! Semak ko tahu!

sekarang mahu kemas @ menyusun fail yang bersepah2 dalam lappy aku ini.
mak aii! Banyak betul fail especially gambar..

OK!
nak susun fail!
daa..!!




:: 500 Blog!!!! ::

 I'm Back!
Dah lame aku tak join segmen Ben Ashaari. Al Maklum lah aku kan cuti berblog
seminggu kot! Eh2...lebih seminggu la.

sape nak join sila klik sini untuk maklumat lanjut Ok!
so easy tau!


OK!~Kena story tentang diri sendiri & tujuan jadi seorang Blogger

nama aku nur najiha. Just call me jiha.
Seorang Blogger.
still study di UPSI.Tahun 3. Kos Pendidikan Keusahawanan & Perdagangan.
will be a teacher one day! Insyallah.Doakan tau!
suke kaler purple!
suke IT,suke baca & kumpul majalah PC


kenapa aku jadi Blogger
Pertama aku suke! aku boleh tulis apa je aku nak tulis.
Kedua sebab BEST!.dapat banyak info.dapat ramai kawan. dapat kongsi cerita/pendapat dengan org lain.



Saturday, December 25, 2010

:: Besar Dan Yang Lebih Besar Ganjarannya ::

Tajuk :
Besar Dan Yang Lebih Besar Ganjarannya
Hadith :

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin, satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, yang paling besar pahala ganjarannya ialah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu”


(Muslim)


Huraian

1. Bersusah payah memberi kesenangan kepada isteri dan berkorban mencari nafkah untuk anak-anak akan diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T. Bahkan dikira suatu dosa besar sekiranya seorang suami atau ketua keluarga itu enggan memberi nafkah dan bakhil terhadap isteri dan anak-anaknya sedangkan ia mampu berbuat demikian.


2. Nafkah adalah lebih daripada hanya peruntukan makanan bahkan yang dimaksudkan dengan nafkah adalah memberikan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, pendidikan dan perkara-perkara yang munasabah bagi kehidupan seseorang anggota keluarga.


3. Keluarga yang bahagia akan terbentuk sekiranya setiap ahli keluarga memainkan peranan masing-masing. Keberkatan jua akan melimpah sekiranya setiap tanggungjawab itu dilakukan dengan mengambilkira kedudukan halal dan haramnya. Tidak semata-mata ingin mengecap kesenangan dengan jalan yang mudah sehingga akhirnya membawa padah kepada keluarga dan merosakkan rumahtangga.




:: Mensyukuri Rezeki Menambah Berkat ::

  
Tajuk :
Mensyukuri Rezeki Menambahkan Berkat
Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”



Riwayat Bukhari dan Muslim

Huraian hadis

i) Setiap Muslim hendaklah mempunyai sifat qanaah iaitu redha dan menerima apa yang ada tanpa banyak menuntut perkara yang bukan keperluannya.

ii) Lawan bagi sifat qanaah ialah tamak yang menjadikan seseorang itu sentiasa cemburu dan dengki dengan rezeki yang diperolehi oleh orang lain.


iii) Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari sifatnya yang qanaah. 


iv) Salah satu cara untuk menanamkan sifat qanaah kepada diri dan keluarga ialah dengan sentiasa mengucapkan "alhamdulillah" di atas setiap perbuatan atau perkara baik yang diterima. 


v) Rezeki adalah ketentuan Allah S.W.T. Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di dalamnya yang wajib kita tunaikan.




:: Semangat 1Malaysia, Perpaduan ::

:: great experience! ::



Great experience!!!
tu yang aku boleh cakap.korang nak cakap apa tu korang punya pasal..
Eh aku cakap pasal apa ni...tibe2 aje..tak bagi Salam pun.

actually aku cakap pasal program Sekretriat Rukun Negara (SRN) UPSI yang aku join. Aku dengan bangga diri nak cakap aku baru aje join program Baktisiswa!...Baktisiswa Perdana SRN Mahasiswa Penyayang.Dah 3 tahun aku duduk aka belajar kat UPSI, tapi nie la 1st time aku join baktisiswa..kesian betol kan!~dari dulu memang berniat dan berhasrat nak join Tapi bila aku tengok tarikh "masa cuti semester", secara automatik aku akan batalkan hasrat aku itu.KENAPA?? Sebab aku rasa aku nak gunakan cuti semester aku sepenuhnya! Boleh pulak macam tu yer jiha.

Tapi kali ini aku betul-betul tekad! Tak kira aku nak join jugak...mase cuti pun tak pe! aku join nak join jugak. Terasa sangat rugi kalu nak tahu tak join. Program macam ni bagus tau! Harus join!

Aku hantar nama pada SRN. Ok dapat respon! Aku berjaya join [melompat-lompat gembira aku]. Ingat senang dapat join.ramai yang hantar nama.alhamdulilah aku berjaya dapat. Nak tahu tak?? sape tak nak tahu sila tinggalkan entry ini OK! Aku bukan saje jadi peserta Tapi jadi AJK penggerak program jugak. Semua peserta dari UPSI jadi AJK penggerak. Aku diletakkan dalam kumpulan 3! Kumpulan 3? apekah? Aku diletakkan bawah AJK Jemputan!.First  time aku jadi AJK jemputan ni. Agak teruja ku rasa[ yelah tu...terkejut sampe diam sesaat ]. Ok ape. something new right? 


Selaku AJK & Peserta aku kena check in kolej 13-23 Dec untuk gerak kerja awal. Pengarah kata 13Dec kena ada kat Kolej!. Aku yang baek ni sampe kolej pukul 9.30 malam kot. Time tue meeting pertama dah start~ dengan  selambe aku baru sampai~ Bagusnya ko jiha!..Aku nak datang awal la tapi bas tu lah yang lambat. Bas jugak disalahkan..

Meh aku cerita pasal program sikit!
Baktisiswa Perdana ni anjuran JPNIN dengan kerjasama UPSI.
Melibatkan peserta dari beberapa Universiti/IPTA/IPTS iaitu Uni. Malaysia Kelantan (UMK), Uni. Malaysia Pahang (UMP), Uni.Sultan Zainak Abidin ( Uniza),Uni. Kebangsaan Malaysia (UKM), Uni. Utara Malaysia (UUM), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) & Kolej Universiti Insaniah ( KUIN ).
Program start 16 Dec-23 Dec
Tempat UPSI, Kampung Sepakat Jaya & Kampung Titi gantung.




Siyes banyak benda aku dapat dari program ini. Great experience! tak rugi eden join..Terima Kasih kepada pengarah program sebab bagi saya peluang untuk join program ni! Best sangat tau!..walaupun penat sikit kena buat kerja.





p/s: nanti aku sambung kat entry lain!~nak mengedit gambar sekejap!Ok Chow sin Chee...



Friday, December 24, 2010

:: 6 petua untuk berjaya ::


Apakah sifat-sifat istimewa yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya dan berhemah tinggi? Mengapakah mereka terus menempa kejayaan demi kejayaan sedangkan dalam masa yang sama orang lain terus dilanda masalah?
Jawapannya ialah bagaimana mereka melihat setiap masalah yang dihadapi. Mereka mengendali setiap masalah secara betul dan praktikal. Mereka juga memahami enam prinsip yang berhubungkait dengan jenis masalah.
Penulis yang menemui jawapan ini dalam buku "Tough Times Never Last, But Tough People Do" oleh Dr. Robert H. Schuller ingin berkongsi dengan semua pembaca iluvislam.com tentang bagaimana untuk menuju kejayaan. 6 petua ini dipetik daripada buku tersebut.
1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah
Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap. Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.
Sesetengah  orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.
Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.
2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad
Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.
Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.
3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif
Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.
Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.
4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda
Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.
Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya dalam hidup.
Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.
5.  Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah
Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.
Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.
6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif
Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.
Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?
Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.
Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.
Pendek kata "Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Link Kamu...Nanti saya pergi melawat Blog kamu pulak okey!

 

Copyright © 2011 Reserved to silent thinker
Design with love by CikBulat